Tuesday, September 10, 2013

Honey Balik Kampung

Assalamualaikum...
Honey ikut Ummi balik ke kampung pagi tadi. Honey bawa Nenek ke rumah Honey. Honey kesiankan Nenek. Duduk seorang diri di kampung.
Sesampai di rumah Honey, Nenek terus sahaja menggoreng nasi lebihan nasi malam semalam. Honey makan bertambah dua kali. Sedap ok Nasi Goreng Nenek Honey! Honey simpan juga untuk Abang Adib dan Kak Ngah.
Sesudah makan, Honey menyusu dengan Ummi dan terus tidur dari jam 12.30 tengahari sehingga pukul 4.00 petang. Lamanya Honey tidur. Itu pun tersedar semasa Kak Ngah nak tutup pintu pergi ke kelas tuisyen tadi.
Penat sangat letew! Kan? 

No comments: