Tuesday, September 10, 2013

Jiwa Kacau

Sakit jiwa
Makan dalam
Dada bagaikan mahu pecah
Menahan rasa yang bergelodak
Sesaknya nafas
Menahan rasa kemarahan
Semakin mahu dilupa
Semakin galak ia menjelma
Lenggoknya menari mengikut tari
Entah bila
Dan juga
Entah bagaimana
Semua ini akan berakhir
Masakan aku membiarkan sahaja
Oh tidaklah sama sekali!
Tidak mungkin ianya akan terjadi
Apa yang telah berlaku
Telah pun berlaku
Tiada apa yang boleh diperbetulkan semula
Lukanya amat perit
Terlalu pedih untuk aku mendepaninya
Biar seribu penjelasan yang diberi
Tidaklah semudah itu aku maafi
Sungguh!
Gila aku memikirkannya
Semakin lama diingati
Bisa buat aku semakin membenci
Malang sungguh nasib diri
Jiwa kacau
Entah bila
Entah bagaimana
Semua ini akan berakhir

No comments: