Monday, September 02, 2013

Kami Pergi Beraya!

Assalamualaikum...

Dari Denai Alam kami terus ke Serendah pula. Rumah my kakak nombor 3, Kak Lang. Sesampai di sana dah masuk waktu Maghrib so kami bersolat jamak Maghrib dan Isyak dahulu. Setelah duduk sambil berbual dan makan biskut raya with air botol "Sarsi" (kelantan version), kami dijamu makan malam pula. My kids,  Adib dan Nur dok memuji Sup Ayam dan Ayam Goreng Mak Lang mereka. Siap pesan suruh me masak begitu juga bila pulang ke rumah nanti!
Hamboih! Hamboih! Hamboih!

Sesudah makan, kami gerak ke Selayang pula. Rumah my Abang Ipar. Tidur di sana. Tidak lama kemudian, Abang Ipar dari Melaka pula sampai. Dijamunya kami Roti Arab yang dimakan bersama Ayam Selasih Masak Kari (ayam yang berwarna hitam yang pernah dijadikan bahan untuk memasak di dalam rancangan Masterchef Selebriti sebelum ini) dan juga Daging Tetel. Oh my! Enak sungguh rasanya. Isinya lembut sangat tau. Harganya pun boleh tahan jugak!
#kenyangperutsusahnaktidurpulaok

Pagi esoknya, 25.8.2013, my biras, Kak Long masakkan Nasi Dagang for breakfast. Alhamdulillah. Rezeki. Makan sedap saja lately. Syukur.

#kenyangperutperutpunmakinbuncit

Ohoi hoi!

No comments: