Monday, September 09, 2013

My Home Hotel

Assalamualaikum...
Kami datang bermalam di sini entah kali yang ke berapa. Me sudah tidak ingat lagi. Dengan harga RM130 untuk bilik family (ini harga ahli, harga sebenarnya RM150) kami rasa ia agak berbaloi sementelah kami selalu tiba di hotel ini sekitar jam 10.30 malam.
Pelbagai jenis restoran pula ada di sini tetapi yang paling istimewa ialah Restoran Adam Lai.
Malam tadi me kecewa sangat-sangat. Masakan tidak, makanan kegemaran, Mee Black Pepper sudah kehabisan. Masa Mr. Hubby pergi ke restorannya jam menginjak ke 11.00 malam.
Sudah tiada rezeki. Tujuan datang ke sini sebenarnya mahu makan Mee Black Pepper. Kot-kot boleh jumpa Abby Yus :'(
Oh, me so frustrated!

No comments: