Tuesday, September 03, 2013

Puasa Enam

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah selesai berpuasa ganti dua hari kerana "bengkak gusi" di tengah-tengah bulan Ramadhan yang lalu dan diikuti dengan puasa sunat enam hari pula.

Syukur kerana masih berkesempatan untuk melaksanakannya seperti tahun-tahun yang sudah.

Semua menu ini me masak sendiri. Pizza Domino's juga Durian tu Hubby beli masa nak pulang dari Kuala Kumpur kerana ada kes di Mahkamah sana. Terima Kasih Hubby! Durian tu memang me pesan suruh beli. Sungguh sedap rasanya! Bab Pizza tu me cakap jangan beli dia beli jugak. Even dipanaskan di dalam pemanggang ajaib dan jadikan ia panas semula namun rasa pizza flavour ni enggak sedap dong. Kena betul-betul pergi makan di restoran dia. Baru gerek seh!

No comments: