Tuesday, September 24, 2013

Resorts World Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

15.9.2013

Kami tiba di sini sekitar jam 5.30 petang. Mr. Hubby masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan bilik. Alhamdulillah. Masih ada bilik untuk disewa. Mr. Hubby pun sudah penat memandu kereta. Jadi di sinilah kami bermalam. Di Resorts World Kijal (formerly known as Awana Kijal Resort). Kami pernah tidur di sini pada August 2006. Sekarang nama pun sudah berubah. Bertambah kelas jika dibandingkan dengan dahulu.

Bilik kami adalah sea view. Thanks to Mr. Hubby yang bawa kami pergi bercuti. Siap bersolat jamak Asar dan Zohor, kami turun ke pantai dan mandi sebentar di kolam renang.

Awesome! So excited dapat bertemu pantai lagi. Memang ini jenis percutian yang diidamkan setiap kali. Thanks to Mr. Hubby kerana telah berjaya merealisasi!

No comments: