Monday, September 23, 2013

Restoran Desa Niaga, Setiu

Assalamualaikum...

14.9.2013

Sebelah malam kami keluar untuk pergi dinner. Hopefully ada Ikan Bakar. Em, sedap, sedap, sedap! Kan dekat laut? For surelah ada Ikan Bakar! Kami memilih untuk makan di restoran ini, Restoran Desa Niaga. Tak ramai orang lagi pada masa ini kerana jam baru menginjak ke angka 8.00 malam. 

Ah malangnya! Tempat membakar ikan ada tetapi Ikan Bakar pula tiada. Hurm.... Daku mengeluh di dalam hati.

Seorang kakak datang mengambil order kami. Daku meminta makanan untuk dibungkus for my kids dahulu. Nasi Goreng Cina, Telur Mata Kerbau dan Air Teh 'O' Ais untuk Adib dan Nur pula request Nasi Goreng Pataya bersama Teh 'O' Ais Limau. For us Mr. Hubby minta Nasi Goreng Thai, Tomyam Campur dan Nescafe Ais. Daku pula order Nasi Goreng Ikan Masin dan Carrot Juice. Ok done!

Tidak beberapa lama kemudian, pekerja kedai datang menghantar minuman dan makanan. Cuma makanan for my husband yang sampai dahulu. Daku bertanyakan password wifi kepada pekerja restoran ini kerana terpandangkan kertas yang tertampal di dinding, "Ada Wifi di sini" tetapi pekerjanya menjawab, "sudah kena potong". Ok fine! Carrot Juice daku teguk pantas. Segar dan sedap. Kena dengan lemak manisnya. Mengalir laju membasahi anak tekak. Daku jeling Mr. Hubby yang sedang asyik menjamu selera. Daku suap sesudu kuah Tomyam Campur. "Em sedap"! Daku berkata. Honey lena di ribaanku. Penat berjalan jauh, mandi laut dan kolam sudah semestinya!

Nasi Goreng Ikan Masinku masih belum sampai. Perut sudah berkeroncong sejak tadi. Menyanyi-nyanyi minta diisi. Tengah hari tadi daku tidak makan nasi okey? Sangat-sangat laparlah pun!

Melihatkan portion Nasi Goreng Thai Mr. Hubby adalah sedikit cuma, daku mula mengorder Mee Goreng Basah dan Milo Ais juga. Perut lapar tidak terkata lagi. Sangat!

Okey. Pekerja restoran menghantar nasi yang daku minta bungkus for my kids. Unfortunately,  Nasi Goreng Ikan Masinku masih belum kelihatan lagi. Should I name this entry with the title,  Nasi Goreng Ikan Masin? Emmmm... Don't stop. Please continue your reading.

Apabila pekerja menghantar Milo Ais dan Mee Goreng Basah yang daku order untuk dibungkus, daku mengambil kesempatan menanyakan Nasi Goreng Ikan Masin yang aku order. Once again! Where is the hell my Nasi Goreng Ikan Masin? Eh! Taklah aku cakap ke budak tu gitu. Aku cakaplah "Nasi Goreng Ikan Masin yang akak order belum sampai lagi". Dia jawab, "Sekejap". Daku pun tahu. Bukannya bodoh asyik nak tanya bila makanan aku siap tapi ini sudah memakan masa. Lama sangat dah! Ada ke yang dibungkus dulu yang sampai. Masaklah yang orang request nak makan dulu. Orang pun tak ramai so what's the problem? 

Kelihatan orang ramai datang untuk makan malam juga. Dalam lima meja gitu. Daku hanya memandang. Kosong.

Daku terus melihat ke dalam bungkusan plastik untuk anak-anak. Bila daku buka bungkusan Nasi Goreng Cina tiada terdapat Telur Mata Kerbau seperti yang diminta awal-awal tadi. Air yang daku minta untuk dibungkus juga tiada. Darah mula menyirap. Okey. Hold dulu. Jangan meletup lagi Wati. Come on! Mr. Hubby ke dapur. Bertanyakan makanan dan minuman yang belum sampai-sampai ke meja kami. 

Kerana tidak tertahan, daku mula makan Mee Goreng Basah yang ternyata kering seperti di dalam gambar yang daku sertakan sekali ini. Ku tambah sedikit kuah Tomyam Campur lebihan Mr. Hubby tadi. Daku makan sesudu, dua sudu. Berhenti. Tidak tergamak untuk makan lagi. Sedih. Sebak diperlakukan begini. Mee Goreng Basah daku tolak ke tepi. I'm done! Kelihatan Mr. Hubby membayar bil di kaunter dan menunggu di situ. Adalah dalam lima belas minit dia di situ. 

Ku gamit kakak yang mengambil order kami tadi. Daku bilang satu persatu. "Nasi Goreng Ikan Masin saya belum sampai-sampai. Saya makan Mee Goreng Basah yang saya order kemudian ni. Tak basah. Kering. Saya tambah kuah Tomyam Campur ni. Saya makan tak habis. Tak sedap. Saya minta Telur Mata Kerbau, tak ada. Saya minta  air untuk dibungkus. Tak ada juga. Macammana akak ambil order? Orang bukannya ramai tadi". Dia jawab apa uols nak tahu? "Nasi Goreng  Ikan Masin ye? Minta maaf ye"? Itu sahaja. Cuma itu sahaja okey?

Ohoilah kakak! Sampai hati buat customer you macam ni. Hebat betullah kakak ni iye? Aku berkata. Cuma terluah di dalam hati. Terus daku blah masuk ke dalam kereta. Bimbang terucap yang bukan-bukan pula. Mr. Hubby masuk tidak lama kemudian. Membawa bersama makanan dan minuman yang dibungkus tadi. 

Sumpah aku tak jejak ke restoran ni lagi!

Nasi Goreng Ikan Masin daku makan di dalam bilik. Mujur sedap. Eh, kalau tidak!

Gambar ke dua last dan yang last. Mee Goreng Basah. My version. What say you?


2 comments:

mysha said...

hye Kak T...

Lama tak jenguk akak..slalu tgk kat fb jer..

Agak kuang asam la jugak akak kedai tu kak t..

Yg pasal mee tu, I choose below one hehehe Slurppp....

seri.selaseh said...

tak tau nak komen apa. Dah biasa gak jadi camni. Lepas komplen, sorry pon x dpt. Dugaan. Sabar je.