Monday, September 09, 2013

Restoran Sari Ratu

Assalamualaikum...

8.9.2013

Malam ini kami dinner di sini. Masa ini lebih kurang jam 8.30 malam. Cuma ada satu meja yang diduduki pelanggan. Lauk pun sudah tinggal sedikit. Kami pilih mana yang ada sahaja.

Selepas sepinggan nasi, sepinggan lagi kami order. Tambah sepinggan lagi. Tambah semangkuk lauk Urat Keting juga. Berselera kami makan malam ini.

Jus Alpokat habis diteguk. Tidak tinggal apa. Kenyang Alhamdulillah.

No comments: