Tuesday, September 03, 2013

Santai Ben Ashaari

Assalamualaikum...
Sebut sahaja perkataan "santai" terus me teringat kepada Mr. Ben Ashaari. Nak-nak pulak blogger terkenal ini telah diberikan slot di dalam majalah Intrend keluaran terbaru, September 2013 bersama famous bloggers di Malaysia sekarang. Untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam, kalian boleh melayari blognya iaitu www.benashaari.com
Entry kali ini me mahu bercerita tentang "santai" tetapi version my little princess,  Honey Madu. Gambar terakhir Honey merupakan kelaku yang terbaru. Akan diangkut segala toys yang ada tatkala me ajak dia naik car or ke toilet. Time nak menyusu pun sama. Tidak muat pegang di tangan, akan disepit dan diselit toys itu ke celah ketiak-ketiaknya! Siap nak bawa telefon rumah dan bear ke dalam toilet yang paling me tak tahan benar tu.
Aduhailah anak! Macam-macam "peel" baru setiap hari. I wonder esok apa pula dia mahu bikin ye?
Hurm...

No comments: