Tuesday, September 24, 2013

Sutra Beach Resort ~ part 5 ~

Assalamualaikum...

15.9.2013

Sesudah bersarapan, kami kembali ke bilik untuk bersalin pakaian. Dan terus ke kolam untuk bermandi-manda. Me tak mandi ok? Segan aihhh nanti keluar pool basah-basah gitu! Baju melekat di bodyku yang ramping dan super solid ini. Tak mahulah! Ramai orang di sekitar kolam. Tunggu saja Mr. Hubby ambil bilik di Grand Lexis, Port Dickson nanti. Sehingga tiba waktu itu, tidaklah teman nak mandi di kolam hotel terbuka begini.

Jealous okey tengok mereka mandi? Me mengambil gambar di sekitar kolam sahaja dengan menggunakan Mr. Nikon D3000. For me pool yang cantik selepas Hotel Legend Cherating. Infinity pool gitu kau. Ha, kelaskan?

Semasa mahu mengambil towels, me bertanyakan staff (lelaki) yang bertugas,  "Boleh akak mandi pakai begini?" Dia jawab, "Orang puang dak pe kak!" Memang tak apa dik, tapi rasa malu yang menebal menghalang me berbuat demikian. Not for now. Never!

Selepas siap mandi kolam, kami balik ke bilik untuk membersihkan diri. Mandi dalam toilet sajalah pun! Sesudah mandi, kami makan Nasi Daganglah pulak! Hubby beli di luar selepas bersarapan tadi. Kami makan tanpa berkata apa-apa. Cuma tersenyum-senyum sahaja. Sedapnya Nasi Dagang orang Setiu ni! Sampai sekarang dok terkenang-kenang. * telan air liur lagi keranamu wahai Nasi Dagang. Oh oh! *

Settle makan, badan bersih, hati senang, perut kenyang, kami berkemas barang dan kain baju. Sebelum check out bilik, me mengambil kesempatan mengambil gambar di sekitar lobi resort ni. Adib yang menjadi mangsa mengambil gambar Ummi dia yang bermacam-macam 'peel' ni! Hahaha! Sabor aje Adib dok snap my pictures! Nok buak guane? Deco di sekitar resort sangat cantik dan kena dengan cita rasa I. I suka kayu! Tak suka batu sangat. Resort macam ni memang yang dihajati setiap kali me pergi bercuti. Hebat dan tersendiri!

Sutra, Insya Allah! Kamu bakal dijejaki kembali. Errr, kalau ada "orang" tu nak bawalah, I on bila-bila masa saja. Jarak yang jauh tidaklah menjadi hal langsung. Kan Hubby?

I'll be back! * joget k-pop *

No comments: