Tuesday, October 08, 2013

Balik Kampung, Kelantan

Assalamualaikum..

Kami balik ke Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh pada 27.9.2013 - 29.9.2013. Hampir tiga bulan tidak pulang ke kampung. Seperti biasa kalau kelik ke Kelate, kami dijamu dengan makanan yang banyak dan super duper sedap! Alhamdulillah. Rezeki kami sekeluarga!

Hari Sabtu, 28.9.2013, kami ke Kota Bharu. Jalan-jalan cari makan al-kisahnya! Singgah lunch di Restoran Hover. First time Mr. Hubby bawa kami ke sini semenjak dah kahwin hampir 14 tahun ni. For me, rasa makanan biasa-biasa saja. Makan pun sekadar mahu mengalas perut sahaja. Kemudian kami ke Bazaar Tok Guru, ke Pasaraya Salamku dan kemudian ke Pasar Pasir Puteh untuk mencari sedikit barang keperluan.

Tiga hari dua malam. Masa yang sangat singkat. Sangat mencemburui kami! Ada peluang kami akan pulang lagi. Bertemu keluarga, sanak-saudara Mr. Hubby yang baik budi belaka.

Terima kasih keluarga mertua di atas layanan mesra. Ada ruang dan peluang, kami akan pulang lagi. Ingatan manis ini ku bawa hingga ke mati.

No comments: