Tuesday, October 08, 2013

Gua Musang, Kelantan

Assalamualaikum...

29.9.2013

Sudah agak lama kami tidak melalui jalan Gua Musang samada untuk pergi atau pulang ke Kelantan. Kerana sudah terlalu lama, kami berasa sungguh teruja melalui jalan ini. Jalannya okey sahaja cumanya apabila tiba di Kuala Lipis jalannya ada yang rosak. Juga saiz jalan yang sempit.

Kami berhenti lunch di Hentian Rehat Gua Musang yang baru. Kami memilih untuk lunch Nasi Arab di Restoran Muzdalfa Fried Chicken.  The kids memilih untuk makan Burger dan Ayam Goreng. Oh! Not bad rasanya. Sedap!

Cuaca sungguh panas. Membahang. Kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di Kuala Lipis.

Bertemu batu yang glamour itu. Kosong. Kosong. Kosong.

Selamat sampai di rumah manis saya setelah mengharungi lapan jam perjalanan. Alhamdulillah. Syukur walaupun serasanya daku mahu pengsan sudah!

No comments: