Monday, October 14, 2013

Halfest 2013

Assalamualaikum...

5.10.2013

Kami ke Halfest 2013 di The Mines Resort City. Tempat ini sungguh luas lagi besar makanya kami tidak berjalan di semua booth. Memadailah dengan berkunjung di booth-booth berdekatan. Tidak selesa juga mahu berjalan-jalan kerana jumlah pengunjung yang begitu ramai. Sangat-sangat tidak menyelesakan!

Di sini kami berkesempatan berselisih bahu dengan Izzue Islam dan Soo Wincci. Juga melihat aksi Chef Norman dan Juara Masterchef, Izyan yang mengendalikan acara masak-memasak.

Kami ada mencuba pelbagai jenis makanan dan minuman. Kami juga  membeli beberapa jenis produk yang dijual. Kesemuanya memenuhi citarasa kami sekeluarga.

Lebih kurang dua jam di sini, kami pun keluar untuk pulang. Tahun hadapan kita ketemu lagi iya?

Insya Allah!

No comments: