Friday, October 18, 2013

Hari Sibuk Saya

Assalamualaikum...

Pagi tadi keluar ke Bangunan Persekutuan Temerloh untuk membayar pasport yang my kids and I mohon petang semalam. Semalam I tak sempat nak bayar kerana masanya sudah lewat. Tiba di Pejabat Imigresen tepat jam 10.00 pagi. Sudah diingatkan oleh Pegawai bertugas semalam supaya membayar harga pasport sebelum jam 11.00 pagi. Tak sampai 10 minit pun, urusan I selesai di sini. Call Mr. Hubby, dia datang ambil (my darling tunggu I di dalam kereta), dan kemudian kami ke Saniah Cafe untuk makan. Sebab terlalu lapar, I makan Nasi Putih + Sayur Kangkung + Hati Masak Kicap + Kopi 'O'. Kemudian I tambah Sambal Tauhu + Sayur Taugeh.

Kenyang tersandar!

Singgah di kedai untuk membeli lauk dan sayur sebelum pulang ke rumah. Mood rajin nak memasak sudah datang you! For lunch I sediakan Daging Masak Kicap dan Sayur Campur. Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak tu I tapau di Saniah Cafe tadi. Ada Pisang juga. Cukuplah minum Air Masak sahaja okey? Lunch setelah Mr. Hubby dan Adib pulang dari masjid bersolat Jumaat.

I cuma makan sebiji Pisang dan minum Air Masak sahaja kerana masih kekenyangan makan Nasi pagi tadi. Selesai makan, my kids and I bersiap-siap ke Bangunan Persekutuan untuk mengambil our passports. Manakala Mr. Hubby ke pejabatnya untuk bekerja.

Alhamdulillah. Selesai urusan membuat our passports dalam masa hanya setengah jam di Pejabat Imigresen Temerloh. Dah boleh pergi bercuti naik aeroplane selepas ini. Last trip kami ke Ho Chi Minh, Vietnam. Insya Allah, selepas ini terbang ke Medan, Indonesia pula. Membelah langit nan membiru. Awan yang berkepul-kepul nun di angkasa raya. Oh, I just can't wait!

Oleh kerana malam ini ada perlawanan bola di antara Kelantan dan ATM, makanya kami dinner lebih awal. Mr. Hubby membeli Burger Daging dan Roti John meanwhile I buat Nasi Goreng dan Ayam Goreng Berempah. Air Teh 'O' pelengkap rasanya. Last but not least, Mr. Hubby and the kids request Air Ice Cream Soda w Float. Syukur Alhamdulillah. Rezeki kami hari ini.

Terima Kasih Ya Allah!