Tuesday, October 08, 2013

Honey: Satu Tahun Lapan Bulan

Assalamualaikum...

Honey berumur Satu Tahun Lapan Bulan pada 28.9.2013 yang lepas. Pada peringkat ini Honey sudah boleh:-

* mengikut pergerakan ketika kami bersolat;
* suka sangat menonton rancangan Upin & Ipin sehingga menyorokkan remote tv jika kami mengusik mahu menukar ke channel lain;
* cek mek ni pandai nak sentap-sentap. Nak pulak kalau Abahnya yang marah. Berlari nun ke dapur. Merajuklah sangat!
* mulut becok "berbual". Nak berborak bersama kami juga.
* kalau naik car sepanjang perjalanan (kecuali semasa dia tidur), jari dok tunjuk ke arah lori, bas atau van sambil membuat bunyi. Kau jangan tunjuk jakun boleh dik?"
* "membaca doa". Mulut terkumat-kamit sambil menadah tangan.
* kalau nak naik car mesti dia cari something yang boleh mengalas kepalanya. Contoh topi atau kain lampin. Cuaca panas nowadays.
* suka buat aksi kelakar. Bila kami gelak lagi dia beraksi sambil dia gelak berbunyi "Ha! Ha! Ha! juga.
* sangat-sangat lasak! Like a boyish!

No comments: