Monday, October 14, 2013

Hotel Mega View, Kuantan

Assalamualaikum...

2.10.2013

Kami tidur di sini, Hotel Mega View di Kuantan sebelum ke Pejabat Tanah & Galian, Pekan esok harinya. Ini merupakan kali ke tiga kunjungan kami datang tidur di hotel ini. Kami selesa saja sepanjang tinggal di sini. Tiada sebarang rungutan. Yang penting, ada "Welcoming Drink" di lobi hotel. Airnya so fresh and so sedap! Hiks!

Jikalau sekitar bulan Mei lepas bilik kami menghadap ke Masjid Kuantan, kali ini bilik family menghadap ke arah Sungai Pahang. What a view! Cantik sekali.

Di sebelah malam pula, kami keluar dinner di Restoran Satey Zul yang terletak berhampiran dengan East Coast Mall. Satay Kambingnya agak liat der! Tak habis dimakan pun! Sesudah makan, kami berjalan kaki ke 7-Eleven untuk membeli air dan makanan ringan. Kemudian balik ke bilik untuk berehat dan tidur. Namun malangnya, Mr. Hubby and I tidak dapat tidur nyenyak kerana Honey meragam dan menangis sepanjang malam. Hidung Honey tersumbat. Selsema dan juga badannya panas. Demam. Poor my little girl! Layankan saja our baby ini biar pun kami sudah mengantuk dan keletihan. Bergilir-gilir kami menjaga Honey kerana sekejapan dia okey sekejapan dia menangis merengek-rengek.

Setelah bersarapan, kami pun check out dari Hotel. Menuju ke Pejabat Tanah & Galian, Pekan.

Honey duduk melepek saja di atas ribaan. Muntah-muntah sebab tidak makan sejak malam tadi. Kasihannya anak Ummi! Ummi tak suka tengok anak-anak Ummi dalam keadaan sakit seperti ini. Jika boleh di tukar ganti, biar Ummi seorang menanggung kesakitan itu.

No comments: