Tuesday, October 15, 2013

Kelik Kelate ~Day 2~

Assalamualaikum...

13.10.13

Mr. Hubby and I keluar bbreakfast di Warung Che Nah di Pasir Puteh. Sementara menanti nasi yang I order dibungkus, kami makan dahulu Nasi Gulai Itik dan Teh Tarik. Specialty here. Awesome! Sangat sedap. Landmark warung ini ialah berhadapan stesyen minyak Petronas di Pasir Puteh.

Sesudah makan, kami ke Pasar Pasir Puteh untuk membeli kuih-muih. Selesai membeli, kami pulang ke rumah. Kepulangan yang dinanti! Hehehe. Seronok melihat my familia makan pagi. Meriah!

Di sebelah petang, kami ke KB Mall sebentar. Singgah membeli kasut Honey kerana tertinggal di rumah. Beli juga Jumbo Platter dan Air Chocolate Ais di Restoran Rasamas untuk my little Honey.

Dari KB Mall, kami terus terus ke Pantai Cahaya Bulan. Sudah agak lama kami tidak ke mari. Sungguh teruja dapat kembali di sini walaupun pantainya sudah tidak secantik dulu. Cuma mengambil masa selama 15 minit dari Kota Bharu untuk sampai di pantai tersohor ini.

Kami singgah makan di salah satu warung di sini. I order Maggi Ketam dan Air Kelapa Muda. Sangat sedap dan menyelerakan sekali. Lain kali mahu ke sini lagi. Tak bestlah kalau ke pantai cuma sebentar cuma.

Kemudian kami gerak ke dua buah rumah abang Mr. Hubby, Abe Mi dan Abe Lan. Kami dijamu dengan pelbagai jenis makanan sehingga tersandar kekenyangan! Hiks!

Terima kasih buat kedua Abang Ipar dan Biras. Jasa dan budi baik kalian tidak mampu untuk ku balas.

Terima kasih! Sayang my familia.


No comments: