Wednesday, October 16, 2013

Pulang Marilah Pulang

Assalamualaikum...

Kami gerak balik ke rumah today. Ikut hati tak mahu balik okey? Sebab makanan di sini sedap-sedap. Orangnya pun baik-baik semuanya. Akan tetapi, balik tetap kena balik. Ada tanggungjawab di sini. Lain kali pulalah kami balik ke kampung lagi iya?

Kami singgah dahulu di Kg. Air Tawar di Kuala Besut untuk menjemput anak saudara my Sil sebelah arwah suaminya. Kami dijamu makan tengah hari pula di rumahnya. Sedap lauk-pauk yang Kak Iniey masak. Lazat belaka rasanya. Yang paling special, Masak Lemak Kulit Rambai. First time i makan tau! Oh! So delicious! Sedap sangat-sangat. Selepas makan nasi, kita makan Kek Moist Chocolate pula. Heaven!

Dalam 52 minit perjalanan, kami sampai di Pantai Penarik, Terengganu. Singgah di Warung Seafood Celup Tepung di sini. Semua seafood di sini segar dan sedap rasanya. Sosnya pula ialah yang terbaik! We end up with 8 ekor Ikan Kembung, 3 ekor Sotong, 18 ekor Udang, 4 batang Fishball, 5 gelas Coconut Shake, 1 gelas ABC dan 2 gelas Teh 'O' Ais. Semua berharga RM125.00. Tapi I minta bayar cuma RM123.00. Tokey jawab "boleh saja!" Hehe...

Dari sini, kami meneruskan perjalanan. Singgah sekejap mengisi minyak kereta dan ke tandas. Kemudian menghantar anak saudara Mr. Hubby di Sek. Men. Sains Ahmad Shah @ SEMSAS di Kuantan.

Kami turun rumah di kampung jam 9.00 pagi. Sampai di Temerloh pula jam 6.00 petang. Sembilan jam perjalanan. Alhamdulillah. Selamat sampai di rumah. Home sweet home!

Insya Allah, bertemu mereka lagi hujung bulan November nanti. Ada acara yang sangat istimewa. Tak sabar! Just can't wait for that!

No comments: