Sunday, October 06, 2013

Restoran Kampar, Batu Satu

Assalamualaikum...

23.9.2013

Selama tiga hari berturut-turut I beli nasi bungkus di restoran ini, Restoran Kampar di Batu Satu, Temerloh. Nak dijadikan cerita, selepas makan nasi bungkus pada hari yang ke tiga, I mengalami headache, mual-mual, loya-loya, cirit-birit dan muntah. Manakala my kids cuma menghidapi cirit-birit sahaja.

My kids siap pesan kat I supaya tidak membeli nasi bungkus di restoran ini lagi. Okey, kita reject restoran ini even rasa makanannya sedap pada anak tekak kami dan cari restoran yang sediakan makanan yang sedap tetapi tip top bersih. Tak kisah jika harganya mahal sekali pun. I sanggup bayar untuk itu.

Bukan mahu menganiaya sesiapa atau menunding jari dengan menulis entry sebegini. Tetapi itulah hakikatnya. Daku tidak sanggup lagi menanggung kesakitan tatkala tersalah makan begini. Seksa oooo! Seksa I tell you!

No comments: