Monday, October 14, 2013

Tf Value Mart, Temerloh Mall

Assalamualaikum...

9.10.2013

Selepas menghantar Nur ke kelas tuisyen, kami ke Tf Value Mart yang terletak di Temerloh Mall untuk membeli sedikit barang dapur. Kali ini ada tambahan barang yang dibeli iaitu beberapa biji bantal baru untuk tetamu yang datang bermalam di rumah. Bantal-bantal lama kita buang saja iya? To whom it may concern, pasti lebih lena tidurmu jika datang bermalam di rumahku nanti. Ewah gitu!

Selesai urusan membeli groceries di Tf Value Mart, kami ke Restoran Selera Timur Tomyam untuk makan malam. Siap makan dan membungkus Nasi Paprik Ayam buat Nur, kami terus mengambilnya di rumah guru.

Pulang ke rumah dengan hati yang girang mengemas barang di dalam kabinet dapur dan peti ais. I suka je laci kabinet dan peti ais di rumah I penuh berisi stok makanan okey!

No comments: