Posts

Showing posts from November, 2013

Medan ~ Day 2 ~

Image
Assalamualaikum...3.11.2013I bangun seawal jam 4.30 pagi today. (waktu tempatan, Malaysia 5.30 pagi) Semangat nak berjalan jauh tu. Fyi, Medan to Parapat adalah berjarak masa hampir 6 jam. Oh! Bersedialah sahaja wahai mental dan fizikal. Settle berkemas kain baju, kami keluar breakfast di Garuda Cafe dahulu pada jam 6.30 pagi. Makanan dan minuman baik-baik sahaja. Boleh diterima dek anak tekak. Janji halal dan dapat mengalas perut untuk memulakan perjalanan jauh. Alhamdulillah. Selesai makan kami menunggu our tour guide, Mas Asdo untuk mengambil kami. Tepat jam 8.30 pagi, kami check out bilik hotel dan Mas Asdo terus membawa kami ke Istana Maimoon. Jika semalam kami menaiki bas, hari ini kami menaiki van pula. Jarak masa di antara Grand Plaza Hotel dan Istana Maimoon adalah selama 15 minit. Kami berada di Istana Maimoon ini selama setengah jam sahaja. Dapat singgah barang sebentar sambil mendengar penerangan ringkas berkenaan latar belakang istana ini  dan mengambil gambar di kawasan …

Medan ~ Day 1 ~

Image
Assalamualaikum...2.11.2013Penerbangan QZ 8055 kami selamat mendarat di Kualanamu International Airport jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan). Di Malaysia waktunya 2.30 petang. Alhamdulillah. Selamat tiba di Sumatera Utara, Medan untuk percutian bersama staff-staff Mr. Hubby. Setahun yang lepas kami ke Vietnam. Tahun ini kita jelajah Medan pula seboleh yang mungkin. Insya Allah!First thing yang kami lakukan apabila tiba di airport adalah mencari toilet. Ok done. Lega habaq hang! Toilet bersih dan ada air. Noted.Sejurus kemudian, kami mula q up untuk berdepan pegawai immigration. Kelihatannya cuma 3 orang sahaja yang bertugas di kaunter. Jumlah kami yang beratur pula lebih 100 orang. Tapi tak buleh nok kato gapolah sebab tengok muka depa pun masam semacam. Budget garang letew eh bapak-bapak?Sedang beratur, satu rombongan dalam 20 orang keluar dari dalam barisan. Kami turut terpinga-pinga kenapa. Oh! Rupa-rupanya mereka tidak mengisi form putih tu tuan puan! Aiseh man! So once mereka da…

Tergendala

Tatkala diri sedang rajin menulis ayat demi ayat, baris hingga membawa ke perenggan, line internet galak membuat onar.Daku terpana!

LCCT, Sepang

Image
Assalamualaikum... 2.11.2013 Kami tiba di LCCT sekitar 10.50 pagi. Mr. Hubby parking kereta jauh sekali. Tak ada tempat nak parking kereta. Parking di tepi kebun sawit sahaja. Cajnya RM16.00 sehari. Ikutkan sahajalah. Tetapi kesian kat Hubby coz berjalan jauh. Penerbangan kami ke Medan jam 1.30 tengah hari. Tepat mengikut waktu yang dijadualkan. Mujur Honey tidak meragam. Dia baik-baik sahaja sepanjang berada di dalam flight. Ummi happylah sangat!