Saturday, November 02, 2013

Honey : Satu Tahun Sembilan Bulan

Assalamualaikum...

28.10.2013

Honey menginjak ke angka Satu Tahun Sembilan Bulan. Yeah! Nak masuk umur 2 tahun dah anak manja Ummi ni! Ummi happy Honey sihat dan membesar dengan baik even saiz badannya kecil sahaja. Nur masa kecil macam Honeylah saiz badannya. Kecik molek tetapi Adib sihat Ya Rabbi! Berat badan Honey cuma 11kg apabila ditimbang baru-baru ini. Lasak sangat dia masa pergi check-up di Klinik Kesihatan Simpang Songsang ni. Tapi Nurse semua baik hati. Sabar sahaja melayan karenah Honey. Terima kasih Nurse!

Honey dah pandai menyebut beberapa patah perkataan dengan jelas. Pandai meniru perlakuan kami. Pendek kata so far kami happy dengan perkembangannya. Lasak dan aktif. Sihat tidak berpenyakit. Makan banyak kalau kena dengan seleranya. Syukur Alhamdulillah. Ummi tak mintak banyak. Anak-anak Ummi sihat dan cerdas cergas, Ummi sangat gembira. Can't ask for more.

Syukur. Alhamdulillah!  Terima kasih Ya Allah!

No comments: