Thursday, November 21, 2013

Hotel Time, Nilai

Assalamualaikum...
2.11.2013
Kali ini ambil masa sikit untuk mengupdate blog. Tentang cerita berjalan makan angin keluar asap di Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Okey, setelah bertangguh-tangguh makanya hari ini I mula bercerita iye? Bertangguh bukan kerana apa, bila memikir nak menulis nama tempat, waktu, dan sebagainya berkenaan fakta sesuatu tempat yang dilawati di sana dan juga gambar yang banyak untuk dipilih, makanya niat untuk mengupdate blog terbantut begitu sahaja. Namun tidak sesekali cerita di Medan daku skip kisahnya dan akan tetap dibicara di blog ini. Cuma cepat atau lambat sahaja. I cuba sebaik mungkin untuk menulis ceritera perjalanan ini. I recall my mind back. Semua cerita pahit manis sepanjang berada di sana, I adaptasi sebaik mungkin di blog ini. Mengikut apa yang telah I lalui. Apa yang telah I rasai.
Selepas bersiap-siap, kami terus check out bilik di Hotel Time, Nilai. Kemudiannya ke Restoran Al-Salam untuk bersarapan. Alhamdulillah. Kenyang pekena Roti Canai Sardine with Teh 'O' Ais Laici. Gitu! Pagi-pagi dah minum ais. Biasa tu!
Dari sini, kami gerak terus ke LCCT pula.
Next entry tentunya, LCCT.

1 comment:

Emy Omar said...

Tak sabar nak baca catatan perjalan Ruzi di Medan.Mesti seronok kan