Friday, November 22, 2013

Medan ~ Day 1 ~

Assalamualaikum...

2.11.2013

Penerbangan QZ 8055 kami selamat mendarat di Kualanamu International Airport jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan). Di Malaysia waktunya 2.30 petang. Alhamdulillah. Selamat tiba di Sumatera Utara, Medan untuk percutian bersama staff-staff Mr. Hubby. Setahun yang lepas kami ke Vietnam. Tahun ini kita jelajah Medan pula seboleh yang mungkin. Insya Allah!

First thing yang kami lakukan apabila tiba di airport adalah mencari toilet. Ok done. Lega habaq hang! Toilet bersih dan ada air. Noted.

Sejurus kemudian, kami mula q up untuk berdepan pegawai immigration. Kelihatannya cuma 3 orang sahaja yang bertugas di kaunter. Jumlah kami yang beratur pula lebih 100 orang. Tapi tak buleh nok kato gapolah sebab tengok muka depa pun masam semacam. Budget garang letew eh bapak-bapak?

Sedang beratur, satu rombongan dalam 20 orang keluar dari dalam barisan. Kami turut terpinga-pinga kenapa. Oh! Rupa-rupanya mereka tidak mengisi form putih tu tuan puan! Aiseh man! So once mereka dah mengisi form tu, mereka terus ke kaunter ok? Tetapi tidak dilayan pegawai bertugas. Mereka diminta untuk beratur kembali di belakang kami. Oh poor them! Terbazir masa begitu sahaja. So secara automatically, giliran kami dipercepatkan.

Ok. Done. Settle jumpa pegawai immigration, waktu melepasi kastamnya pula. Lega coz berjalan begitu saja. Tanpa sebarang halangan. Nampak ada juga yang bagasi mereka digeledahi.

Kami ke Medan di bawah agensi Jazz Holiday Services Sdn. Bhd. I baru je tanya Mr. Hubby. "Macammana nak tahu siapa yang sedang menunggu kita?" Hubby jawab, "Orang tu tulis nama kita nanti". Oh okey. Namun itu tidak berlaku sama sekali. Wakil agensi tidak menunjukkan mukanya langsung! Bukan dia yang menunggu kami. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Kami yang menunggu dia! Ok panik sekejap. Hampir sahaja mahu pengsan! Kami melepasi Kastam tadi jam 2.00 petang (waktu tempatan). Hubby menyuruh I mendail nombor wakil agensi di sini. Ya Allah! Mujur dapat! Dia bilang flight kami tiba di Kualanamu International Airport at 8.00 pm (waktu tempatan)! Ah gilak ini! Dan-dan tu jugak aku nak g "serang" Jazz Holiday! So, duduklah kami di situ. Macam orang bodoh. Dengan perut yang lapar. Mujurlah  Honey tidak meragam. Kak Ngah bawa Honey naik trolley. Dalam fikiran aku cuma satu. Balik Temerloh aku nak g "serang" Jazz Holiday. Sepatutnya tanggungjawab dialah sepenuhnya kami ni semua ketika berada di sini. I mean, ambik tahu bila waktu kami sampai. Hubungi wakil di sini. Tanya sudah berada di airportkah untuk mengambil kami. Aku memang baran sangatlah. Sakit hati sungguh berurusan dengan orang yang tak professional langsung ni. G "serang" je itu makan dia! Dahlah caj per head RM1,200.00. Agak-agaklah Jazz. Aku bukan datang free tak keluar satu sen pun. So aku memang dah plan. Akan pergi "serang" opis Jazz Holiday ni. Tapi Hubby pesan biar dia yang settle. Sampai la ni dia tak settle pun. Dia jawab, "biar ajelah". Senang aje jawapan diakan? Geram sungguhlah! Nak tahu pukul berapa wakil agensi sampai ambil kami di airport? Pukul 3.30 petang! Masa kami terbuang di situ selama 1 1/2 jam okey! Tadi aku sibuk dok kesian kat group yang tak isi form tu, now aku kesian kat group kami pula.

Nak kata apa lagi? "biar ajelah!"

Okey. Bila wakil agensi kami sampai, Hubby terus berbincang dengan dia. Memandangkan masa yang terbuang begitu sahaja telah memberi effect kepada jadual kami.  Dari dijadualkan ke Brastagi, kami tidur di Medan dahulu pada malam ini. Mula-mula kami dibawa ke Restoran Simpang Tiga untuk "lunch". Dua jam perjalanan dari Kualanamu International Airport. So kami "lunch" pada jam 5.30 petang. Lauk-pauk semua enak bangat. Kami makan sehingga kekenyangan. Tour guide kami yang sangat kelakar itu pula membuatkan kami melupakan kemarahan saat-saat menunggu tadi.

Kami cuma makan dalam setengah jam sahaja. Kecoh betol meja makan kami tu! Masing-masing kelaparan tahap max gaban so tak perlu nak bercakap banyak. Cuma duduk dan terus ngapp apa sahaja yang terhidang di atas meja.

Selesai makan, kami menaiki bas dan dibawa ke Garuda Plaza Hotel. Kami menginap di sini malam ini. Jarak masa Restoran Simpang Tiga ke hotel ini adalah selama 1 jam. Namun kerana "macet" juga. Namun seberapa teruk pun "macet" atau jammed yang berlaku, kenderaan masih boleh berjalan lancar. Tidak seperti di Malaysia. Hairan bin Ajaibkan rasanya?

Kota Medan sungguh sesak sekali. Dengan jumlah penduduknya yang ramai. Serabut dengan posisi setiap kedai atau rumah kediamannya juga. Buruk dan sungguh teruk! Bukan mahu menghina. Memanglah ada juga kedai dan rumah yang besar dan baru namun hakikatnya begitulah. Mostly memang begitu. Kamu datang ke sini baru kamu tahu bagaimana rupa Kota Medan itu. Namun betapa sukar kehidupan mereka, sebaik mungkin mereka bekerja membanting tulang empat kerat demi mencari sesuap nasi. Aku tabik itu. Betapa aku bersyukur lahir di Malaysia. Sungguh bersyukur. Sangat! *sebak*

Kami tiba di Garuda Plaza Hotel at 6.44 petang. Sementara menunggu agihan bilik-bilik kami (5 bilik kesemuanya) siap, kami duduk dan minum welcoming drink dahulu. Ok. Settle bab bilik. Semua masuk ke bilik masing-masing. Honey, Hubby & I tidur sebilik, Adib tidur bersama Danial, Nur bersama Aunty Siti, Anis tidur bersama Zu dan Suzi sebilik bersama familynya.

Jam 8.30 malam kami dinner di Garuda Cafe di Garuda Plaza Hotel. Sebaik duduk di meja, kami dihidangkan makan malam. Macam biasa. Meja kamilah yang paling bising. Kecoh! Hehehe. I sempat je snap gambar coz memang nak upload di Instagram dan di Blog. Memang akan cari kerusi paling hujung. Senang nak bangun duduk ambik gambar. Orang dah makan habis separuh pinggan I still dok snap gambar. Tapi I buat secepat mungkinlah coz nak layan my little princess, Honey makan pula.

Sesudah kenyang makan malam, (rasa makanan semua vavavoom enak bangat dan kena dengan selera kami) kita minum Teh Special pula. Special coz ditambah halia. Sedap you! Pekat molek pulok! Harganya pula, hamboi! Boleh tahan. Satu cawan RM9.00. Agak-agak kau nak minum kalau harga macam ni di Malaysia? Tak kot. Nyesal order tau! Walau sedap tapi mahal ngat. Buat air sendiriklah dalam bilik. Tak membazir! Ni order sampai 5 cawan. Terasa gaklah keterlampauannya di situ. Tapi Hubby jawab, "biarlah. Bukan selalu". Oh okey. Bukan nak mengukit pasal duit tapi harganya tidak munasabah. Last-last Hubby jawab, "Kitakan minum di hotel. Bukan di tepi jalan". Oh okay! Betullah tu. Terlupa pula I kami minum di mana. Tapi tetap tak puas hati. Tetap nak cakap jugak. "Mahal giler tu"!

Hiks!

Sesudah dinner, kami masuk ke bilik masing-masing. Masa yang tepat untuk berehat. Membetulkan segala urat yang berselirat. Esok mahu berjalan jauh lagi. Destinasi, Parapat.

"Pak, rapat Pak!"

No comments: