Sunday, November 24, 2013

Medan ~ Day 2 ~

Assalamualaikum...

3.11.2013

I bangun seawal jam 4.30 pagi today. (waktu tempatan, Malaysia 5.30 pagi) Semangat nak berjalan jauh tu. Fyi, Medan to Parapat adalah berjarak masa hampir 6 jam. Oh! Bersedialah sahaja wahai mental dan fizikal.

Settle berkemas kain baju, kami keluar breakfast di Garuda Cafe dahulu pada jam 6.30 pagi. Makanan dan minuman baik-baik sahaja. Boleh diterima dek anak tekak. Janji halal dan dapat mengalas perut untuk memulakan perjalanan jauh.

Alhamdulillah. Selesai makan kami menunggu our tour guide, Mas Asdo untuk mengambil kami. Tepat jam 8.30 pagi, kami check out bilik hotel dan Mas Asdo terus membawa kami ke Istana Maimoon. Jika semalam kami menaiki bas, hari ini kami menaiki van pula. Jarak masa di antara Grand Plaza Hotel dan Istana Maimoon adalah selama 15 minit. Kami berada di Istana Maimoon ini selama setengah jam sahaja. Dapat singgah barang sebentar sambil mendengar penerangan ringkas berkenaan latar belakang istana ini  dan mengambil gambar di kawasan sekitar sudah cukup memadai.

Dari Istana Maimoon, (jam 9.21 pagi) kami dibawa ke sebuah kedai menjual kain pula. Tiba di kedai ini jam 9.30 pagi. Dekat sahaja lokasi kedua tempat ini. Kami berada di sini cuma setengah jam sahaja. Pilih-pilih yang mana berkenan dan terus membayarnya sahaja. Situasi yang sama berlaku di Bandung, terjadi di sini juga. Penjual barangan souvenirs mengejar kami sehingga ke dalam van. Adoiyai! Tetapi jika kamu pandai tawar-menawar harga barang, bargain selagi boleh, kamu bisa mendapat harga yang jauh lebih murah. Jangan tunjuk berminat sangat mahu membeli, jual mahal dulu cik kak iye? Then beritahu berapa harga yang kamu mahu. Insya Allah, dia boleh jual mengikut harga yang kamu ingini. Cubalah!

Okey. Inilah masa dan ketika. Saatnya perjalanan jauh kami dimulakan. Di dalam hati berdoa semoga perjalanan ini selamat dan dirahmati Allah. Berada di dalam lindungan-Nya. Kami bergerak dari Kota Medan jam 10.00 pagi. Mendengar celoteh our tour guide,  Mas Asdo bercerita itu dan ini di sepanjang perjalanan. Beliau sangat kelakar okey? Can speak Malay well too. So, memang boleh "masuk"lah dengan group kami yang agak kecoh ni. Hehehe...

Dalam 1 1/2 jam perjalanan (I sangat teruja melihat view di luar), kami singgah membeli makanan dan minuman barang sebentar. Kemudian perjalanan disambung semula sehinggalah kami sampai di Kedai Paten yang terkenal dengan menjual beraneka jenis Kerepek, Kekacang dan juga Biskut. Kami tiba di sini tepat 1.00 tengah hari. Okey, haruslah terjah ke toilet dahulu iye? Sudah tidak tertanggung rasanya. Hahaha! Ngok ngek betol...

Kat sini best. Buleh try beraneka jenis Kerepek, Kekacang or Cookies dan kita boleh pilih dari situ. Tak beli pun tidak mengapa. Tiada sebarang unsur paksaan. I makan, I pilih. I makan I order. Dah balik Malaysia, rasa rugilah pulak tak borong banyak-banyak! Ada satu cookies tu so sedap, tapi I beli 1 peket sahaja. Tak ada dahnya nak ke Medan lagi dalam masa terdekat ni. Kat sini berhabis beli cookies dan Kekacang dalam RM100.00 sahaja. Memang rasa rugi sungguh tidak membeli dengan jumlah yang banyak. Bak kata Mas Asdo, biar rugi membeli. Sebab benda itu kita sudah ada. Sudah menjadi kepunyaan kita. Jika tidak membelilah kamu yang rugi coz tak jumpa dah barang tu lagi. Kan? Nampak tak permainan dia di situ? Hehehe... Bijak! Bijak!

Sudah bershopping di Kedai Paten ni, kami dibawa terus ke Restoran Beringin Indah untuk lunch pula. Kami tiba di Restoran Beringin Indah tepat jam 1.40 tengah hari. Hujan lebat kau masa ni! Okey. Jangan risau. Makan sahaja dengan tenang. Kat sini dalam banyak-banyak lauk yang terhidang, I paling suka Sambal Ikan Bilis with Tempe. Even so spicy I tetap makan dan terus makan. Bertambah Nasi tanpa rasa ragu dan malu. Ngap, ngap, suap dan telan. Kenyang tersandar! Memang makan tak control langsung orait? Sedap! Mana boley tahan kok! Hiks!

Jam 2.22 petang, kami gerak dari Restoran Beringin Indah to our hotel pula. Dari restoran ke hotel mengambil masa selama 1 jam. Jalannya seperti mendaki naik ke Cameron Highland menggunakan jalan lama. Tetapi lebih kecil dan penuh selekoh berliku. Bukan "berselingkuh" seperti bilangnya Mas Asdo kepada kami. Aduh Mas! Kamu ini!

Hotel Patra Jasa Parapat Lake Resort terletak di atas puncak bukit uols! Udaranya so fresh dan terasa sedikit dingin. Kami tiba di hotel jam 3.30 petang (waktu tempatan). Setelah mengambil kunci-kunci bilik (5 bilik juga seperti semalam), kami terus masuk ke dalam bilik masing-masing. Tatkala masuk ke bilik, I terus bergegas ke balkoni. Menikmati view yang sungguh cantik yang terbentang di hadapan mata. So fantastic!  Subhanallah! Indah sungguh ciptaan Ilahi. Rasa mahu berlama-lamaan duduk berehat seperti ini. Yang mana kamu tidak bisa dapat di tempat sendiri.

Kami mengambil peluang ini untuk mandi, solat dan baring berehat. Enak yang teramat!

Kami kemudiannya keluar untuk dinner di cafe hotel jam 7.00 malam. 8.00 malam di Malaysia. Malam ni kami makan tidak sekecoh yang lepas. Diam dan tenang-tenang sahaja. Masing-masing sudah kepenatan lagaknya. Sudah makan, kami lepak sekejap di lobi hotel. Kemudian terus masuk ke bilik untuk berehat dan tidur.

Tapi I ngakk boleh tidur kok. Ada seperti bunyi-bunyian gitu. Ngakk lena. Badan panas menahan peluh. Mujur tidak ada sebarang penampakan. Honey pula meragam. Menangis dan merengek sekejap-sekejap. Sekejap-sekejap nak breastfeeding. Dekat 4.00 pagi kot baru I lena. Dapat wake up call dari receptionist. Ok. Syukur. I masih hidup lagi. Bergegas terus ke toilet. Mengambil wuduk dan bersolat Subuh. Alhamdulillah.

I tahu punca I tak lena malam tadi. I tak cakap " ASSALAMUALAIKUM" ketika melangkah masuk ke dalam bilik hotel even kami bersolat pun. Tidak seperti kebiasaan, I ucapkan dan beri salam bila pergi ke mana-mana. Even masuk ke dalam rumah sendiri sekiranya pulang dari berpergian. Adalah tu yang nak mengusik. Pengunjung pun tidak ramai yang kami nampak di sini. Adalah 3 buah keluarga sahaja dan kami. Ha! Nampak ada sedikit unsur mistik di sini. Sepanjang tidur selama ini, I rasakan ketakutan tahap maksimun di hotel ini. Sorry ye? Tetapi I rasa I perlu bercerita. Berkongsi rasa bersama pembaca. Memang takut sungguh. Sungguh! Mulut tidak henti-henti membaca Surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi. Apalah I punya takut. Sepatutnya kepada Allah sahaja I perlu gerunkan, kan?

Hailah budak wati sorang ni!

3 comments:

Ann Ishak said...

oh rindu nak pegi medan :)

Emy Omar said...

Jauh berjalan luas pemandangan kan..kita pun sama bapak penakut ni ruzi wei hihihi

Seri Selaseh said...

betul ke kaum batak makan orang?.. memang diorang mengaku ke?