Tuesday, November 12, 2013

Selamat Ulang Tahun Sayang

Assalamualaikum...

Hari ini, tanggal 12.11.2013 adalah merupakan Hari Ulang Tahun Perkahwinan Mr. Hubby & I yang ke 14 tahun.

Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah memberkati perhubungan kami suami dan isteri. Bahagia ke hujung nyawa. Sehingga ke Jannah. Syurga impian semua. Insya Allah.

Bangun pagi tadi, I ucap Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kepada En. Suami. Mencium tangannya memohon ampun dan maaf dari lubuk hati. Juga supaya dihalalkan makan, minum dan perbuatan I selama kami berdua mendirikan rumahtangga. Menyesali apa terjadi. Kadang-kala ego mengatasi segalanya. Namun dia tetap ada. Selalu. Di sisi menemani. Alhamdulillah. Diampunkan semua salah, silap dan dosa. Seperti kebiasaannya. I can't ask for more. Itu sudah lebih dari mencukupi. 

Tengah hari tadi, kami lunch di Restoran S. Z Rahmah di Jalan Maran. Sebelah petang pula I sediakan Spaghetti Bolognese, Chocolate Cake dan Jelly Cocktail. Sudah! Ini sudah lebih dari cukup. Memadailah. Tidak perlu ke Secret Recipe seperti sebelum ini . Menyambutnya di rumah sendiri adalah lebih bererti. Lebih privasi! Dengan cara yang tersendiri. Sambutan tahun ini adalah yang paling manis sekali! Sungguh bermakna buat kami as a family.

Terima Kasih En. Suami! Terima kasih untuk segala cinta yang telah diberi. Untuk sayang yang akan terus mekar mewangi. Semoga kekal jodoh kita dirahmati Ilahi.

Mencintaimu, seumur hidupku. Selamanya...

3 comments:

Anonymous said...

hepi aniversari.. slim btl u time kawin kan..

wati said...

salam T...selamat ulangtahun perkahwinan..semoga diberkati dan berkekalan hingga ke jannah..aminn

ummiaisyah said...

hppy anniversary wati..semoga terus berbahagia...sy lg suka msk sendiri dr mkn di luar..sgt puas hati kan.