Friday, December 20, 2013

Honey : Satu Tahun Sepuluh Bulan

Assalamualaikum...

28.11.2013

Honey menginjak ke usia Satu Tahun Sepuluh Bulan sudah. Alhamdulillah. Honey membesar dengan baik even dia kurang makan nasi. Ada masa-masa sahaja dia mahu makan, jika kena dengan selera. Honey lebih gemarkan "western food". Hamboikan? Hidung tak berapa nak mancung sangat. Akan tetapi seleranya kuat nak makan "western food" bagai.

Suka mengadu lately. Bila her Abah balik dari kerja, dan-dan tu dok mereport kepada Abah. Bila konon-kononnya Abah marah her Abang or Kakak, dia sengih-sengih aje. Kadang menipu. Abang & Kakak tak buat pun dia, dia tetap mereport jugak. Banyak akal!

Still breastfeeding. I ingat nak stop bagi bila dia berumur 2 years pada  28.1.2014 nanti.

Very friendly. Sangat mudah berkawan even first time berjumpa kawan sebaya. Sangat sukakan baby. Dok usap pipi baby sambil memanggil "baby, baby".

Sudah boleh bercakap perkataan yang mudah such as "keras", "krunch" for Coco Crunch, "mi" for Ummi, "Abah", "kak" for Kakak, "bang" for Abang, "jom", "yea yea" sambil berjoget happy, "pi" for tepi &  "jauh" (halau orang lain tak bagi dekat bila dia duduk dengan Ummi), dan beberapa perkataan lain yang dia dapat sebut pada suku kata yang terakhir.

Ada masa buat "peel" tah hapa-hapa. Saja cari pasal. Nak perhatian lebihlah tu. Nak kena layan dia sorang aje kalau boleh. Tak bagi dah Ummi melayan Abang dan Kakak. Kesian anak Ummi yang lagi dua orang tu.

As long anak-anak Ummi sihat dan mendengar kata, Ummi dah cukup happy. 

Ummi sayang anak-anak-anak Ummi!

No comments: