Tuesday, December 03, 2013

Medan ~ Day 3 ~

Assalamualaikum...

4.11.2013

Alhamdulillah. Masih bernafas lagi hari ini. Dapat menyambung cerita hari ke tiga I di Medan. Maaf kerana keterlewatan ini. Sesungguhnya, demi masa, manusia menjadi lalai lagi merugikannya.

Waduh ah! Okey. Ada masa sedikit sebelum fly ke Guangzhou ni, I cuba update blog ye?

Jam 6.52 pagi (waktu tempatan), kami keluar dari bilik dan terus mengambil sarapan. Dapat 2 cawan Kopi 'O' di pagi hari sudah cukup menggembirakan diri ini. Setelah bersarapan, berlegar di persekitaran hotel yang indah ini untuk mengambil gambar buat kenang-kenangan. Setelah tour guide kami muncul, kami terus dibawa ke jeti untuk menaiki bot sekitar jam 7.50 pagi. Di dalam bot, kami diberi penerangan ringkas oleh tour guide sepanjang berada di Pulau Samosir dan Pulau Tomok (perkampungan Orang Batak). Bahasa mereka tidak sukar untuk difahami. Untuk keselamatan diri, sentiasalah berwaspada dengan keadaan sekeliling dan jangan berjalan seorang diri. "Orang Batak ada black magic", bilang tour guide kami. So berhati-hati selalu okey? Jangan sembarangan saja lakumu di sini.

Kami tiba di Pulau Samosir jam 8.47 pagi. Udaranya segar dan nyaman sekali. I rasa sangat "fresh"! Di sini kami diceritakan sejarah kaum Batak dari A hingga ke Z secara ringkasnya. Ada juga Orang Batak beragama Islam okey? Tour guide kami ini salah seorang daripadanya. Handsome bangatkan? Ahahaha! Mas Brian namanya. Jolokan "Handsome Boy" memang cukup sinonim dan sesuai untuk beliau. Wewiiit! Bahaha! Gatai nampak? Macam gedik jew? Macam gedik jew!

Hiks!

Okey. Sesudah mendengar penerangan ringkas di dua tempat di sini (di hadapan rumah-rumah orang Batak dan salasilah cerita "makan orang"), kami dibenarkan untuk bershopping sepanjang jalan untuk kembali ke bot kami semula. Masa diberikan cuma 30 minit. Kami mengambil kesempatan yang ada untuk bershopping sepantas yang boleh mengikut masa yang telah ditetapkan.

Jam 10.00 pagi, kami menaiki bot dan terus menuju ke Pulau Tomok. Kami tiba di Pulau Tomok 40 minit selepas itu. Kami diberi penerangan ringkas berkenaan cerita Sultan di Makam yang ada di sini. Dengarkan sahajalah apa yang mereka mahu ceritakan. Sekadar menjadi pengetahuan am sahaja. Percayanya tidaklah. Okey. Dalam 20 minit gitu tour guide bercerita, kami diberi masa 30 minit untuk bershopping. I mengambil kesempatan bergambar di kawasan sekitar. Ada tips mahu diberi. Di sini lagi best untuk bershopping cik kak oiiii! Kepada yang masih belum sampai di sini, kamu tidak perlu "lorat-lorat" nak bershopping di Samosir Island. Shopping saja di Tomok Island.  Lagi happening dan havoc havoc havoc havoc. Hehehe...

Okey. Bila balik ke bot, muka happy tak berhenti-henti dok tersenyum. Mana taknya? Dapat berjalan. Dan dapat bershopping lagi. Harga you boleh tawar sampai 50%. Gila kau tak nak shopping! Kan? So memang happy sangat dapat buat trip ni. Lenkali mau aje pergi lagi. Hehehe. Kalau ada orang nak bawalah. Pergi sendiri I tak lepas! Hiks!

Orait. Jam 11.45 pagi, kami bertolak balik ke daratan. Sampai di jeti jam 12.10 tengah hari. Singgah lunch di Istana Minang jam 12.27 tengah hari. Lauk-pauk sedap siot! I makan bertambah jew. Tak hirau sekeliling apa nak jadi dah. Masing-masing menggelupur lapar. Amboi bahasa. Hehehe. Makan nasi panas-panas. Teh Sosro Ais lagik. Ha! Memang puas hati sangat der!

Sesudah lunch, kami bersolat jamak Zohor dan Asar dahulu memandangkan selepas ini kami akan berjalan jauh lagi. Okey. Done.  Settle Alhamdulillah. Sudah boleh memulakan perjalanan semula. Kami start berjalan jam 1.37 tengah hari. Mau cari Pisang Goreng Panas pula. Jom!

Kami enjoy saja view Lake Toba di sepanjang perjalanan. Kami tiba di Simarjurunjung untuk makan Pisang Goreng Panas jam 2.52 petang. I order Kopi 'O' dan bukannya Teh Halia. Rasa Pisang Goreng biasa saja. Kami semua makan seorang satu. Satu set with air yang kamu order. Di sini kami makan Durian. Besar dan molek isinya tau. Sedap!

Hujan renyai-renyai masa ni. Kami gerak dari sini jam 3.45 petang dan terus ke Air Terjun Sipiso Piso. Sampai di kawasan air terjun ini at 4.46 p.m. Okey. Wow! Apa yang cuma dilihat di dalam gambar sebelum ini sudah ada di hadapan mata. Peluang untuk bergambar tidak dilepaskan begitu sahaja. Pemandangan yang sungguh cantik! Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah. Waktu kami ada di sini cuacanya mendung sahaja, so ini sahajalah gambar yang sempat diambil. Walau sedih sebab cuaca tidak secerah yang diharapkan, kami bersyukur berpeluang ke sini.

Okey. Seterusnya kami ke Berastagi pada jam 5.30 petang. Tiba di Pasar Buah, Berastagi jam 7.19 malam. Terlewat kerana traffic yang teruk disebabkan banjir kilat. Our tour guide memandu van menggunakan jalan alternative pula. Mujur selamat sampai sebab jalan yang digunakan kecil, gelap dan penuh berliku. Phew! Takut wei! Di dalam hati tak putus-putus berdoa agar kami selamat tiba ke destinasi.

Okey. Settle mencari buah-buahan di sini, kami dibawa ke Hotel Horison, Berastagi. Sampai di hotel at 8.00 p.m dan terus makan malam. Okey. Syok kami dinner tonight. Huhahuha sambil makan-makan. Hehehe.... Kenyang Alhamdulillah.

Sekitar 8.50 p.m, kami dibawa ke hotel. Setelah mendapat 5 kunci bilik dan diagih-agihkannya, kami masuk berehat ke dalam bilik masing-masing.

What a day. Sungguh penat tetapi rasa seronok yang amat!

Yeay!

No comments: