Monday, January 28, 2013

BIRTHDAY PRESENT

Assalamualaikum...

Honey dapat hadiah yang sangat best + ohsem from her Mak Long. Her cousins also. Thank you so much Mak Long, Abang Annas & Abang Afif too.

Ummi yang over excited when Honey got her present today! Haha tak boleh blah betul.

Ok. Me mahu tidur now. Good good night!

JOM SHAKE

Assalamualaikum...

Inilah sebab utama minum Ais Kosong di Secret Recipe tadi. Sebelum pulang, call Abang Shake dulu. Singgah ambil Coconut Shake, Chocolate Shake juga Banana Shake di Pasar Malam berdekatan rumah.

Yummylicious!

Tidak ada istilah "RUGI" jika kalian mahu membelinya.

Jom Shake!

SECRET RECIPE

Assalamualaikum...

Celebrate birthday Honey di sini tonite. Order foods yang ringkas saja. Ini foods second choice coz first choice ngak ada ini malam. Frust sekejap but then seronok makan-makan w my family. Kongsi makan 5 beranak. Rasa sikit sorang. Cukuplah ni. Ada sebab mintak Ais Kosong saja tadi. Next entry me cerita.

Syukur Alhamdulillah.

HAPPY BIRTHDAY HONEY!

Assalamualaikum...

Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Honey,
Happy Birthday to you!

Happy 1st Birthday my darling daughter, Honey. Ummi doakan Honey membesar menjadi anak yang baik budi pekerti, bijak, berjaya di dalam kehidupan. Di dunia mahu pun di akhirat. Menjadi anak yang solehah. Mendengar kata Ummi dan Abah.

Ummi sayang Honey banyak-banyak. Banyak sampai tidak terkira sayangnya...

HONEY : 12 BULAN

Assalamualaikum...
Honey di kala usianya menginjak ke angka 1 tahun. 365 hari. 12 bulan pertama yang indah anakku!
25.12.12:
* Bangun menyusu at 12.30, 3.30 & 6.30a.m.
* Breakfast suap Honey Nasi Lemak, Puding Roti & Air Masak.
* Bawa Honey berjalan-jalan di Mid Valley. Bawa Honey menyusu di dalam bilik di toilet.
* Balik ke Temerloh. Dekat nak sampai rumah, Honey memberak. Singgah di rumah Mak Long coz Nenek & Bapa Saudara Honey ada datang. Salin diaper dan suap Honey Nasi Putih w Ikan Kembung Goreng. Kemudiannya mereka datang bertandang ke rumah kami pula. Bila Mak Long menyanyi-nyanyi, (Honey di ribaan Mak Longnya), Honey tutup mulut Mak Long. (tak bagi Mak Long menyanyi!) Hehe, semua tengok dok pakat gelak bila benda tu berlaku berulang kali.
* Honey tumbuh gigi di tengah.
* Masa main di tepi tangga, Honey terjatuh. Menangis tak berlagu dia. Kesiannyalah anak Ummi!
26.12.12:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m.
* Breakfast di Restoran Syed di Mentakab. Suap Honey Roti Canai Telur w Air Masak.
* Honey duduk dengan Abah dan Kak Ngah sementara Ummi dan Abang Adib dok settle buat Kad Pengenalan masing-masing. Ada kawan Adib di Pejabat Pendaftaran juga, Honey galak dok bergurau dengannya.
* Faham orang panggil nama dia. Ummi panggil "Honey Honey" terus dia datang menjenguk muka ke arah Ummi (Masa tu Honey ada di sebalik bakul rotan. Ummi tak nampak, so Ummi panggil namanya dan dia memunculkan diri)
27.12.12:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m.
* Kami ke Dewan Sri Mentakab. Ada penyampaian sijil Anugerah Cemerlang by Yayasan Pahang coz Abang Adib dapat 5A dalam UPSR yang lalu. Masa orang senyap dok baca doa, Honey sebok dok "menyanyi-nyanyi". Masa orang berdiri nyanyi lagu Negaraku pun sama. Orang bertepuk tangan, dia pun tepuk tangan juga. Duduk beriba dengan my bff, her Aunty Reena. Oleh sebab belum bersarapan, Hubby ajak kami ke Old Town White Coffee Mentakab. Suap Honey Nasi Lemak dan French Toast w Air Masak. Kemudian balik semula ke Dewan Sri Mentakab untuk menyaksikan Adib naik ke atas pentas untuk menerima sijil.
* Honey berdiri dan melangkah dua tapak lagi.
* Tak sabau-sabau tiap kali nak breast feeding, menangis kalau lambat-lambat ni. Mujur susu dah sedia ada, tak perlu nak bancuh apa!
28.12.12:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30, 4.00 & 6.00a.m.
* Ke Kuantan. Honey tidur di dalam perjalanan so bila bangun galak nak berdiri tak mahu beriba dah. Yelah, awak dah besarkan Honey?
* Hubby berhenti di PTG Kuantan so me belikan makanan di cafe. Suapkan Honey Cucur Jagung w Air Masak. Dia hisap juga Air Kotak Ice Lemon Tea.
* Lunch di Restoran Wak Sofian. Suap Hobey Nasi Putih w Sup Tulang & Ayam Goreng w Air Masak. Honey minum juga my Air Alpokat.
* Ke Giant membeli barang-barang dapur sebelum balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang pun sama, tak mahu duduk beriba. Nak berdiri sorang-sorang dia. Bila Ummi pegang merengek & menangis saja. Kak Ngah duduk di belakang juga dengan kami. Luaslah sikit so Honey boleh bergerak dengan bebas.
29.12.12:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.30a.m.
* Suap Honey Laksam w Air Masak.
* Lunch Honey makan Nasi Putih, Ikan Bawal Emas Goreng w Air Masak.
* Hubby g KL. Bila balik bawa Nasi Arab yang dibeli di Restoran Al-Edrus. Suap Honey Nasi Arab juga. Galak je dia masa nampak Abah dah balik rumah. Jadi happy semacam!
* Honey dah pandai salam cium tangan. Kak Ngah yang ajar.
* Kak Ngah arah dia buat macam-macam. Tepuk tangan, Ciku-Cak, buat tangan Gangnam, kenyit hidung, geleng kepala & bye-bye. Tersengih-sengih je bila orang kata pandai!
30.12.12:
* Bangun menyusu at 1.00, 2.30, 4.30 & 6.00a.m.
* Me berkemas di dapur. So bila bangun tengok Ummi tiada di sebelah, apa lagi, menangislah dia! Pujuk bagi susu teros diam.
* Breakfast di Restoran Old Town dekat Temerloh Mall. Suap Honey Roti Planta w Air Masak. Sebok je dok perhati orang di sekeliling.
* Ke Temerloh Mall sekejap. Honey tidur sambil Ummi dukung dia. Abah g jumpa client jap di dalam TF. Lepas beli barang-barang sekolah my kids, kami balik ke rumah. Sebelum tu, singgah di rumah kawan Hubby. Isterinya baru sudah bersalin. Honey geram je senyum-senyum dok tengok baby. Siap kiss lagi baby yang comel tu!
* Kacau Ummi dok bersolat. Dia nak bersolat sama tu. Sujud cium sejadah.
* Galak dok bergurau dengan Abang & Kak Ngah today.
* Suap Honey Muffin w Milo Ice. Honey minum guna straw.
* Ummi kutip rambut-rambut di atas lantai, dia pun ngikut buat aksi yang serupa.
* Dinner suap Honey Nasi Putih, Ikan Bawal Emas Goreng w Air Masak.
* Dah pandai buka laci semua almari di ruang tamu! Adoi! Penatlah Ummi nak pantau dia nanti!
31.12.12:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.30a.m.
* Nenek, Pak Anjang & Mak Anjang Honey datang rumah. Honey galak dok main dengan sepupunya, Nawfal.
* Kutip habuk atau rambut di atas lantai. Tunjuk dan beri pada kami sambil cakap "eh eh".
* Tidur awal tapi bangun tengah malam pula.
1.1.2013:
* Menyusu at 2.30, 3.30 & 6.30a.m.
* Nenek, Atok, Pak Anjang & Mak Anjang Honey datang ke rumah lagi. Lepas Zohor, semua ke rumah my Kak Long. Lunch di sana. Me & Honey duduk lepak di rumah Mak Long sampai ke petang. Honey melasak ke hulu ke hilir bersama sepupu-sepupunya.
* Honey dah pandai cium tangan masa bersalam. Kak Ngah yang gigih dok ajar.
2.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.30a.m.
* Honey tak mau mandi. Sejuk. Nangis dia bila masuk dalam toilet.
* Keluar breakfast dengan Hubby. Suap Honey Nasi Lemak.
* Lunch suap Honey Ikan Kembung Goreng w Nasi Putih.
* Petang keluar teman Kak Ngah beli tudung biru dan kasut hitam coz jadi Pengawas Pusat Sumber. Honey tidur dalam car w me. Hubby settle cari barang-barang Kak Ngah.
* Dinner suap Honey Ikan Siakap Goreng w Nasi Putih.
* Pandai buat kiss guna tangan sambil berbunyi "mua mua"
3.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30, 4.30 & 6.00a.m.
* "ish" Honey di betis coz dia pegang & nak jilat kasut Hubby setelah me larang dekat 3 kali. Teros nangis kuat. Macamlah Ummi pukul kuat sangat! Bila Ummi pelok & minta maaf terus dia diam dan ok. Lepas tu tunjuk kat tempat Ummi " ish" tadi. Manja benau!
* Sebelah petang pula Ummi buat tangan macam nak "ish" kat Honey, terus nangis baring di lantai. Mana taknya, dia panjat atas muka Kak Ngah yang tengah tidur pas tu tersengih-sengih mengada! Bila Ummi pujuk teros ok.
* Bila Kak Ngah dan Abang naik ke atas, bising je mulut nak naik sama. Dia sebut "kat atas".
* Panggil orang "eh  eh" sambil tunjuk tangan kat orang.
4.1.2013:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m.
* Ummi tengah suap Honey Puding Roti yang baru dimasak, dia tepis pinggan coz Ummi lambat suap. Pingggan terbelah 2! Hailah anak!
* Masa nak kluar ambik foods yang dah ditempah di Rizki Tomyam 2 di Songsang, Honey menangis nak drive car juga.
5.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00 a.m.
* Reunion w my friends, ex- Sek. Men. Vok. Sanggang di Dataran Patin. Now known as Kolej Vokasional Temerloh. Honey merengek lepas me suapkan Puding Roti yang me buatkan for friends. Ummi lambat suap dia cakap " nak nak!" Susukan Honey dalam car. Sambung berbual dan ke hospital pula. My Abah warded. Susukan Honey lagi dan tinggalkan dia w my mom dan Kak Ngah selepas dia tertidur. Me naik melawat Abah. Then tapau foods for dinner. Hubby pegi KL. Sampai di rumah baru Honey terjaga. Suapkan dia Nasi Lemak w Ayam Goreng.
* Honey happy tak terkata bila Abah dah pulang.
* Now kalau merajuk, berbaring di atas lantai, muka cium lantai. Eleh! Merajuk konon!
* Tunjuk penumbuk pada orang. Suruh orang kiss tangan dia.
6.1.2013:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.30a.m.
* Suap Honey Roti Canai w Kacang Dhal. Makan banyak!
* Lunch suap Honey Ikan Talapia Bakar w Nasi Putih.
* Dinner suap Telur Mata w Nasi Putih.
* Panjat kabinet tv. Tolak kerusi di ruang tamu. Kerusi terlekat dekat toto, marah dia bising!
7.1.2013:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m.
* Menangis nak ikut Abah hantar Abang & Kak Ngah at school. Me ikot sama.
* Malam kluar naik car. Bila Abah stop, dia tepuk-tepuk car suruh jalan. Amboi!
8.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 4.30 & 6.30a.m.
* Breakfast suap Honey Laksam.
* Lunch di kedai makan di Kg. Bangau. Suap Honey Nasi Putih w Ayam Goreng.
* Fil, Mil, Sil dan anaknya datang ke rumah. Tidur di rumah malam ni. Honey galak orang ramai di rumahnya.
* Mengintai my Mil yang tengah duduk di meja makan. Honey duduk bawah meja. Banyak kali buat gitu pas tu senyum malu-malu.
* Suap Honey Nasi Putih, Telur Mata w Kicap. Suap juga Karipap & Puding Roti.
9.1.2013
* Bangun menyusu at 2.30, 4.30 & 6.30a.m.
* Honey menangis nak ikot Abah ke Perak. Hubby nak daftar anak saudaranya ke Universiti Teknologi Petronas. Abah bawa Honey naik car g beli Roti dan Ice Cream dulu. Then balik ke rumah. Sekejap-sekejap Honey ke pintu. Ketuk-ketuk pintu dan menangis. Berulang kali sampai dia tertidur. Oh kesiannya anak Ummi kena tinggal!
* Honey susah nak tidur. Tak berapa nak menyusu juga. Rindu kat Abah letew!
10.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Hantar kids je sekolah. Honey menangis saja masa pergi dan balik. Huh, tensi betol! Call Hubby pakai speaker so Honey boleh dengar suara her Abah too. Diam sekejap sampai terlena dengar suara Abah.
* Ambik kids. Honey menangis lagi. Abang pujuk dukung di belakang.
* Manja sangat dengan her Abang today.
* Petang Honey tidur tapi tak berapa nak lena sangat coz Ummi busy hantar Kak Ngah dan anak saudara ke kelas tuisyen. Kesian Honey.
* Ummi dok lipat kain. Honey datang naik atas riba dan pelok erat. Dahlah Ummi malas melipat kain baju. Bila ada peluang, tak boleh melipat juga. Nak kena layan "tuan puteri" ni baik-baik dulu.
11.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Hantar kids to school. Mujur pagi ni pergi dan balik, Honey tidur. Good girl!
* Hubby sampai rumah at 9.00a.m. Yeay! Hubby dah balik!
* Honey happy too Abah dah pulang. Manja je terlentok dengan Abah. Tapi Abah sekejap aje ada di rumah. Kena bergegas ke Kuantan pula. Ada kerja di sana. Cek Mek Honey apa lagi, dok mencari-carilah Abahnya tu.
* Honey tidur dari rumah masa me nak pergi ambik kids. Masa nak balik rumah baru dia terjaga. Bagos! Tak banyak ragam sangat.
* Tumbuh gigi di bawah. Tengah.
* Suap Honey makan Nasi Putih w Kuah Masak Lemak Putih & Ikan Kembung Goreng. Makan banyak!
* Honey terjatuh atas lantai. Kak Ngah terlanggar. Kak Ngah cakap dia tak nampak Honey. Lepas mandi, menyusu, terus dia tertidur. Kesian anak Ummi.
* Hantar Kak Ngah ke kelas tuisyen. Abang riba Honey di belakang.
* Dinner suap Honey Nasi Goreng Cina. Makan banyak!
* Abah balik dari Kuantan at 9.00p.m. Honey merajuk baring di atas lantai sebab Abah tak nak dukung dia. Abah penatlah sayang!
12.1.2013:
* Bangun menyusu at 4.30a.m.
* Breakfast suap Honey Nasi Lemak.
* Beli Nasi Kukus. Suap Honey juga.
* Honey campak duit RM1 yang Abah beri. Nak duit RM10. Hehe " mata duitan!"
* Kak Ngah naik ke tingkat atas, Honey jerit panggil di pagar tangga, "kak kak!"
* Suap Honey Karipap Goreng.
* Dinner suap Honey Nasi Putih w Ayam Goreng.
* Melasak di ruang tamu. Merangkak ke hulu ke hilir. Ummi ke dapur dia pun ke dapur jugalah.
* Jealous tengok Ummi baring sambil pelok & kiss her Abah, teros datang pelok dan kiss Abah too.
* Naik bench sorang-sorang. Masa tu kami semua ralit tengok bola. Bila me pandang ke belakang, dia dah tersengih-sengih duduk atas bench tu.
13.1.2013:
* Bangun menyusu at 12.30 & 6.00a.m.
* Kak Ngah kejar Honey ke dapur sambil cakap "moo moo". Then dia pulak kejar Kak Ngah sambil cakap "moo moo" too! Gelak je kami dok tengok!
* Honey tepis mug Ummi masa Ummi tengah minum. Air Nescafe. Ya Ampun ini budak! Ummi "ish" tangan dia, dia diam. Muka tunduk ke bawah. Then melololoskan badan nak turun dari kerusi. Tak nak duduk atas riba Ummi dah. Merajuk letew! Bila Abah balik, me cerita. Dia dok dukung dengan Abah tak mahu pandang ke arah Ummi pun. Mengada!
* Honey main di atas w Abang dan Kak Ngah. Turun ke bawah, bf dan tidur.
* Honey menangis bila Ummi duduk di bench juga lepas dia naik atas bench sorang-sorang. Dia takut Ummi marah coz tengah hari tadi dia nak terjatuh dah. Dia takut Ummi marah dia lagilah tu. Lately tak boleh marah-marah kat dia, teros menangis je. Very very sensitive!
* Honey dah mula berjalan today. Terkedek-kedek. Cute!
* Dinner suap Honey Nasi Putih, Telur Dadar w Kuah Sup.
14.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Breakfast suap Honey Nasi Lemak.
* Honey makan Fries & Bubur Nasi Marry Brown.
* Petang suap Honey Roti cicah Sup Cendawan Pizza Hut.
* Lasak berjalan ke sana sini.
* Tengok drama Adam & Hawa. Honey menggeleng-geleng kepala dengar lagu soundtracknya.
Sukalah sangat!
15.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 4.30 & 6.00a.m.
* Breakfast suap Honey Roti Telur w Kuah Dhal.
* Honey dah pandai panjat kerusi di meja makan!
* Berulang kali dok naik bench also.
* Lepas bf, tido. Hubby yang settle ambik kids at school.
* Marah pada Kak Ngah coz Kak Ngah ambik "benda" yang dia makan di dalam mulutnya. Panggil "kak kak!"
* Pegi Cowboy. Cari barang rumah sikit. Honey syok naik car yang letak coins tu.
* Lasak berjalan ke sana sini.
16.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 5.00 & 6.00a.m.
* Lasaknya dia berjalan ke sana ke sini. Ke mana saja Ummi pergi pantas saja dia mengikut.
* Letih berjalan, panjat benchlah pulak. Dah penat, apa lagi, menyusu dan tidur.
* Ambik kids. Hubby ke KL. Beli Nasi Kukus. Suap Honey juga. Nasi dan Ayam Gorengnya lembut. Sedaplah Honey dok makan.
* Petang masak Sup Cendawan. Cicah dengan Roti Bakar. Berselera Honey makan sambil "berjalan-jalan". Tak nak beriba. Nak bebas bergerak.
* Bila Abah balik, me buka pintu, Honey sedang berjalan. Nampak Abah teros angkat kedua belah tangan. Horey Abah dah balik!
* Suap Honey Nasi Goreng Cina.
* Jerit panggil "kak kak" di tangga memanggil Kak Ngah.
* Kacau Ummi nak melipat kain. Sebok je datang pelok-pelok Ummi!
17.1.2013:
* Honey tidur at 12.30a.m.
* Bangun menyusu at 2.30 & 5.00a.m.
* Buat French Toast. Honey nak makan roti pegang dan suap sendiri. Cawan pun nak minum dia pegang sendiri juga.
* Ambik kids at school. Mujur tak meragam masa nak ambik Abang & Kak Ngah.
* Suap Honey Nasi Putih w Kuah Bayam Masak Lemak Putih & Ikan Kembung Goreng.
* Berjalan tak berhenti.
* Masa Ummi nak iron baju, Honey datang buat ciku-cak dengan Ummi. Lentok-lentok kepala manja.
18.1.2013:
* Tidur at 12.30a.m.
* Bangun menyusu at 2.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Ambik kids at school. Hubby ke Kuantan.
* Tinggal Honey di rumah w Abang. Ummi hantar Kak Ngah g tuisyen sekejap. Honey tidur masa Ummi tinggalkan dia. Ummi balik baru Honey tersedar. Mujur tak menangis. Diam aje dok dengan Abang.
* Hubby balik masak nasi. Goreng Ikan Bawal Emas dan lamb too yang Hubby beli di Giant Kuantan.
* Ambik Kak Ngah di kelas tuisyen. Honey duduk di rumah w Abah & Abang.
* Honey datang masa me dah siap solat. Dia tepuk-tepuk sejadah. Me tunduk cium sejadah. Dia pun tunduk cium sejadah juga. Kalau orang nak solat, dia nak buat begini jugalah.
* Jerit panggil Kak Ngah turun bawah. Kak Ngah tolong Abah pasang almari buku dalam biliknya. Abah beli di Giant Kuantan tadi.
* Suap Honey Roti yang Hubby beli di Giant Kuantan. Cicah dengan Air Teh 'O'.
* Manja. Taktik tak bagi orang marah dia, datang dekat, lentok kepala di lengan, sengih-sengih. Sure orang tak marah. Kalau nak suruh Ummi basuh berak dia, dia amalkan taktik inilah. Bijak bijak anak Ummi!
19.1.2013:
* Bangun menyusu at 12.30, 2.30, 4.30 & 6.00a.m.
* Buat Nasi Goreng. Suapkan Honey.
* Honey manja. Bila orang puji pandai dan cantik, tersengih-sengih dok senyum.
* Ambik kids at school. Hubby g KL.
* Pas lunch, bf dan tido. Lepas tidur dalam 1/2 jam, bangun menangis-nangis dan tengok tv dengan Kak Ngah, Spongebob & Oggy. Bergenang je air mata tu. Alahai...
* Masak Spageti Bolognese & goreng Sosej. Suapkan Honey.
* Honey happy Abah dah balik rumah.
* Dinner suap Honey Nasi Putih w Ikan Bawal Emas Goreng.
* Pas makan dia memberaklah pulak. Datang kat Ummi suruh Ummi basuh. Purata guna diaper sehari 4-5 keping.
20.1.2013:
* Honey menyusu at 4.00a.m.
* Bersarapan di Old Town White Coffee. Suap Honey Nasi Lemak w Air Masak.
* Balik kampung, Kuala Krau. Honey melasak dalam rumah. Naik tangga, turun tangga. Mulut bising dok panggil "nek nenek".
* Boleh buat "give me 5". Kak Ngah yang ajar.
* Lunch suap Honey Nasi Putih w Ikan Kembung Goreng.
* Petang balik ke Temerloh. Honey tidur sepanjang perjalanan pulang. Penat sangatlah tu agaknya!
21.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30 & 4.30a.m.
* Buat French Toast. Honey suap Roti sendiri.
* Meragam & menangis. Bagi tengok video di tab. Menari geleng-geleng kepala dok tengok video.
* Bf dan tidur. Tidur buas. Tapi tetap tidur di atas bantal. Bantal mengengsot jauh dari toto.
* Bangun tidur dan memberak.
* Masa Ummi g Pasar Malam dengan Kak Ngah sekejap nak beli Coconut & Chocolate Shake, Honey teriak panggil "kak!".
22.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 4.30 & 6.30a.m.
* Honey tidur sampai pukul 1.00p.m tapi bangun sekejap-sekejap untuk menyusu.
* Ambik Abang & Kak Ngah at school. Menangis nak drive car juga. Angin Ummi dibuatnyer! Hadoi tensi buleh kena darah tinggi gini. Puaslah Abang & Kak Ngah pujuk. Tak maunya dia duduk dalam car seat dia tu. Kesian Abang & Kak Ngah penat-penat dok pujuk beriba dia di belakang.
* Suap Honey Nasi Putih w Telur Mata. Makan sampai bunyi sendawa. Baru Ummi puas hati anak Ummi kenyang!
* Sebelah petang dekat 2 jam dia tidur. Abah balik dari KL tersenyum-senyum manja. Dok berebut T-Shirt souvenir daripada kawan Hubby yang dibeli di Guangzhou dan Hong Kong dengan Kak Ngah. Dah berjaya rebut dari Kak Ngah, dia peluk t-shirt tu. Amboi, kecik-kecik dah pandai berebut! Semua barang hak dia. Jangan siapa berani nak ambik kalau benda tu dah ada di tangan dia.
23.1.2013:
* Bangun menyusu at 2.30, 4.30 & 6.30a.m.
* Breakfast Honey Roti Krim w Air Milo.
* Lunch Honey Nasi Putih w Kuah Masak Lemak Putih & Sup Ayam.
* Menangis tak duduk diam. Nak drive kereta juga dengan Ummi. Panggil Adib "Abang" masa Abang nak keluar dari car nak beli Ice Cream. Makan Ice Cream juga dia.
* Honey naik tangga sampai ke atas. Me masuk dalam bilik air masa tu. Tak perasan pintu tangga tidak ditutup rapat. Jerit panggil Nur di atas. Bila Nur buka pintu bilik, Honey ada di depan pintu tu. Terkejut Kak Ngah tengok Honey di situ. Patutlah dia cakap ada bunyi Honey dok memanggil. Lampu tangga tidak dibuka. So gelaplah kawasan tu. Haish! Honey, Honey! Mujurlah tak berlaku apa-apa.
* Honey tumbuh gigi. Atas. Di bahagian tengah.
* Pergi TF Value Mart di Temerloh Mall. Masa lalu nak ambik troli, Honey terus berbunyi "ha ha" masa nampak kereta-kereta mainan. Bersungguh betul mukanya masa tu. Nak naik mainlah tu!
* Dinner Honey, Nasi Goreng Cina.
24.1.2013:
* Bangun menyusu at 1.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Ummi buat breakfast Nasi Goreng, Potato Wedges & Karipap. Suap Honey makan juga.
* Ke Le Jasmeen Spa. Abang & Kak Ngah tolong jaga Honey. Ada time break nak menyusukan dia. Mujur tak buat perangai. Tertidur dia selepas Ummi susukan. Bangun tidur dok main berebut bangku kecil dengan anak pemilik spa, Adelia. Hehe... Honey bawa lari bangku tu. Adelia kejar dia. So comel. Adelia nak ambik bangku tu coz nak beri pada staff spa yang tengah buat Foot Spa for me. Cute je tengok mereka berdua! Adelia  berumur setahun lebih. So sangat cutelah tengok mereka dok main bersama baya ni. Mula-mula Adelia sampai di spa Honey g peluk Adelia. Dua kali peluk Adelia. Nak berkawanlah tu. Nur yang cerita. Masa tu me tengah buat facial.
* Balik rumah, mandikan Honey. Susukan dia dan tidur. Penat sangatlah tu duduk dekat 4-5 jam di Le Jasmeen Spa.
* Honey perhati je dekat Kak Ngah yang tengah buat homework. Ralit je dia pandang. Tunggu masa je sebenarnya nak kacau Kak Ngah tu!
* Melasak sana sini. Muka tu tersenyum-senyum.
* Beri barang pada orang sambil cakap "nah nah".
25.1.2013:
* Bangun menyusu at 1.30, 3.30, 4.30 & 6.00a.m.
* Breakfast suap Honey Roti Telur, Kuah Dal w Air Masak.
* Lunch Nasi Goreng Cina w Air Masak.
* Tersengih-sengih beri barang pada orang dan cakap "nah nah". Pas tu dia ambik semula barang tu, bila orang cakap "nak" dia bagilah semula.
26.1.2013:
* Bangun menyusu at 1.30, 3.30 & 6.00a.m.
* Breakfast Nasi Lemak w Air Masak.
* Kacau Kak Ngah buat homework. Peluk Kak Ngah. Baring atas badan Kak Ngah. Manja. Panggil "kak adhik" pada Kak Ngah. Suruh dukung bawa naik ke tingkat atas. Menangis di tangga panggil Kak Ngah.
* Dok rumah baring lepak w Honey.
* Petang baru Honey tidur selepas menyusu.
* Nampak me makan Buah Limau Oren, dia mintak "nak nak nak!"
* Dinner Nasi Putih w Telur Dadar. Kuah Sup Kosong.
* Naik panjat tangga. Separuh tangga dah dia dok panjat. Asal ada peluang, memanjatlah dia.
27.1.2013:
* Bangun menyusu at 3.30 & 6.00a.m.
* Honey demam.
* Ke Star Mall. Lunch di KRR. Suap Honey Nasi, Muffin & Kentang Putar w Air Masak.
* Shopping baju for Honey. Laju je dok berjalan dalam mall. Semua orang pandang & menegur "berapa umurnya?"
* Balik rumah, layan Honey. Menyusu dan tidur. Tidur sekejap aje. Bangun makan Muffin dengan Abah.
* Malam merengek-rengek nak ikot keluar juga beli food for dinner. Memang suka naik car.
28.1.2013:
* Bangun menyusu at 12.30, 3.30 & 4.30a.m.
* Rasa badan macam tak demam dah.
* Ada temujanji nak cucuk for 1 year today tapi Honey still tidur lagi ni.
* Her 1st. Birthday today. Happy Birthday anak Ummi sayang! Semoga membesar menjadi anak yang baik budi pekerti & solehah. Ummi sayangkan Honey dunia akhirat! Sayang Honey banyak-banyak!

Sunday, January 27, 2013

KENNY ROGERS ROASTERS

Assalamualaikum...

Tengahari tadi lunch di Kenny Rogers Roasters, Star Mall, Mentakab. T mintak nak beli bekas makanan yang berwarna-warni tu. Tak tahu pulak dia isi terus makanan dalam bekas tu. Ingat dia bagi masa nak balik nanti. Sepinggan yang set ayam quater tu RM17.90. Kena tambah RM2.00 untuk setiap bekas tu. Mula-mula dia cakap tak ada warna Biru. So, T minta 3 bekas saja. But lastly ada jugak pun warna tu. Kalau nak beli bekas makanan yang kosong tu dalam RM6.00 satu. Malas dah nak tambah beli lagi. Suap Honey nasi, kentang putar dan muffin.

Settle bill, g shopping baju-baju Honey dan sedikit barang dapur. Geram je tengok baju gegirl yang semua sweet sekali! Rasa nak borong belaka. Boley Mr. Hubby? Aha! Her 1st. birthday tomorrow. So belikan gaun, selipar & towels for her. Tadi beli seliparkan? Ha! laju je berjalan dalam mall. Semua dok tegur dan pandang dia.

Ummi tak sabar tunggu esok Honey!

Thursday, January 24, 2013

FISH AND CHIPS

Fish & Chips katanya!

Yums! Sedap dimakan panas-panas dinner tadi. Not a complete set but asal sedap dah kira oklah ni. Lain kali kita bikin lagi best daripada ni iye?

Honey belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur lagi ni. Tidurlah duhai anak. Ummi dan Abah ngantok sangat dah ni...

Good Night!

LE JASMEEN SPA

Assalamualaikum...

Memanjakan diri di Le Jasmeen Spa today. Last kunjungan daku ke sini bulan 5 tahun lepas. Mak oiii! Dah lama benar tu! So tadi, lebih kurang 4-5 jam jugak daku di sini. Mula-mula buat sauna (Sauna Herbs) dalam 20 minit. Then berlulur (Body Scrub). Guna serbuk Vanila & Beras. Kemudian berendam mandi susu (Body Milk Bath). Lepas membilas badan (badan segar juga rasa mengantuk, perut pun lapar berkeroncong), me menyusukan Honey pula. Dah meragam merengek sekejap-sekejap dia (dah siap bawa bekalan makanan dan minuman for my kids supaya mereka tidak lapar. Hubby ke bengkel membaiki kereta). Lepas Honey tidur, me buat facial plus eye treatment pula. Relax baring (sambil dikacau ganggu oleh my kids), menikmati belaian mesra manja di muka. Sudah buat facial, buat foot spa pulalah. Sudah menjalani semua rawatan ni,  kulit serasanya menjadi lembut dan gebu. Oh! Sangat best perasaan ini. Kalau boleh, nak ke Le Jasmeen Spa selalu. Baru boleh jadik cantik menawan nih! (botak hubby nanti) Hehehe...

Anna & Akma, tq layan Kak T tadi. Reena, tq bagi jars tu as a gift! So sweet. T memanglah suka kumpul jars ni semua. Comey, comey, comey!

Thank you so much Le Jasmeen Spa!

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1434H.
Selawat ke atas Nabi Junjungan kita,
Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga sejahteralah ke atas Rasul kesayangan.

Me dah siapkan breakfast pagi ni. Buat Nasi Goreng, Karipap, Wedges, Air Teh 'O', Jus Oren, Susu HL juga Air Masak. Me & Mr. Hubby dah siap makan pun. The kids tengah bersiap di atas. Honey masih lena tidur tu.

Honey bangun! Jom teman Ummi nak g spa today. Plan nak buat sauna, lulur, mandi air susu & lastly buat facial. Ingat nak buat rawatan kaki jugak kot. Kalau sempat. Kalau Cik Honey tak meragam ;-)

Jom kita. Le Jasmeen Spa Temerloh. Ada promosi today til 26.1.2013.

Let's!

RASA

Rasa yang sudah tidak terbendung lagi.
Rasa yang sudah tidak tertahan lagi.
Rasa yang sudah tidak terkawal lagi.

Kau rasa tak apa yang aku rasa sekarang?

Aku rasa sangat mengantuk.
Nak masuk tidur dulu.
Tapi nak ucap selamat malam,
Buat kamu, kamu dan kamu.

Esok kita bertemu lagi?
Hopefully ya?...

Selamat Malam.
Mimpi biar sampai ke bintang.
Yang manis-manis.
Yang indah-indah.
Agar esok pagi hidup kita lebih berseri dan bererti!