Posts

Showing posts from March, 2013

Semakin Payah Dan Susah...

Mengapa terlalu sukar?
Sangat payah dan tegar
Bebanan terus berakar
Di kanvas duka terlukis terlakarRasanya sungguh perit
Menjadi semakin rumit
Sesak di dada semakin terhimpit
Hati bagai gila mahu menjerit!Cabaran yang terlalu susah
Daku merasa payah
Seperti saja mahu mengaku kalah
Memikir hal yang tidak sudahSeakan tidak tertanggung
Derita yang tidak terhitung
Fikiran seakan kosong
Lemah tidak berpenghujung
Hanya kepada yang Terulung
Daku sembah daku sanjung
Tempat daku meminta tolongSampai bila perlu begini
Malu meratapi nasib diri...