Thursday, April 25, 2013

On Diet

What? Me? On diet? Tok sah mimpi. Memang tak punyalah!

Me makan memang tak berpantang. Pantang nampak makanan je, perut rasa lapar kebulur terus. Teruk seh! Tak leh buat apa dah. Semalam g check-up Honey do Klinik. Berat Honey 8.8kg. Berat Ummi Honey pulak 88kg.

Ironi sungguh. Apakah?

On diet sangatlah. Lagi difikir pasal diet, lagi menggila aku dok fikir pasal makan. Acaner nak kurus ni?

Me so depressed right now. Don't know how to describe it. What I feel inside.

* Sigh *

Honey Darling

Assalamualaikum...

Usianya bakal mencecah satu tahun tiga bulan pada 28 April ini. Lately tersangatlah aktifnya. Tak duduk diam langsung! Ada saja kelakunya berbuat itu ini. Apa saja yang kami lakukan, pasti dia meniru sejurus itu. Pantas sekali dia beraksi. Kami dok gelak ketawa, dia sama "berhohoho", me petik-petik jari dia pulas-pulas jari. Orang sudah duduk, dia duduk. Orang suruh bangun, dia bangun. Ajak g toilet nak mandikan, terus dia bangun berjalan menuju ke toilet. Bila nak makan, me suruh dia duduk, dia duduk. Suruh kiss, suruh salam, minta ambilkan barang, semua dia buat. Bila me panggil dia buat tak tau, me pura-pura menangis. Dia terus datang dan pelok. Berbaring bersama. Dan peluk kiss berulang kali. Bila ajak naik car, terus menari-nari menuju ke pintu. Kalau pintu sedang dikunci, dia ketuk-ketuk pintu minta dibuka.

Honey peneman Ummi tatkala hubby pergi kerja, Abang dan Kak Ngah pergi school. Penghibur hati Ummi.

Semalam ke klinik. Check-up. Honey seberat 8.8kg sudah. Becok mulut dok tegur orang & nurse di klinik. Mulut ringan menyebut kembali apa yang kita cakap kepadanya. Tadi me cakap, "sedapnya nasi yang Kak Ngah beli ni". Honey jawab, "sedap!"

Time dia senyap masa tidur ajelah. Kalau tidak, puaslah kami dok melayan. Paling baru, menangis time Abah dok tengok handphone, dia punyalah nak perhatian. Rampas handphone Abah. Suruh Abah bukak You Tube. Cari video lagu for kids. So Abah boleh layan dia sorang. Anak Abahlah sangat! Kalau Ummi berzikir atau menyanyi lagu kanak-kanak, dari dia terbaring terus bangun nak cari tab atau handphone. Nak suruh bukak You Tube. Time menyusu dan nak tidur, tahu pulak cari Ummi ye?

Ummi sayang Honey.

Thursday, April 18, 2013

Aisyah Amanee

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, my little sister telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan jam 3.10 petang tadi. Aisyah Amanee nama yang telah diberi buat si cinta hati. Baby Amanee seberat 3.6kg. Huh! Quite big ha? Anyway, congrats to both of you, Erma & Saleh. Semoga menjadi ibu & ayah yang terbaik buat puteri kalian. Dan anak-anak yang bakal datang nanti ;-)

Selamat berpantang ye dik? Jaga diri. Tak sabar rasa di hati mahu bertemu kalian!

Peluk & cium buat Amanee. Argh! Sedapnya bau baby. Bau syurga firdausi!

Friday, April 12, 2013

Mingo Mingo

Assalamualaikum...

Setiap hari Khamis wajib beli Ice Cream Mingo Mingo ni. Duta dia aku tak gemar tapi Ice Cream dia memang jadi favourite! Sekali makan 2 kon Ice Cream perisa Chocolate tu. 1 for RM1.

Yummeh dimakan. Kala panas atau hujan lebat.

Warung Mizi, Cherating

Assalamualaikum...

7.4.2013

Dari The Legend Resort, kami singgah lunch di sini. Warung Mizi area Sg. Ular tu. Me makan Nasi Putih, Gulai Kawah, Sambal dan Milo Ais. Super duper yummy u ols! Also try their Keropok Lekor. Oh my! Daku mahu kembali lagi ke sini. Sesegera yang mungkin.

Warung Mizi. Kalian wajib datang singgah. Makan lauk dia dah serupa makan gulai kenduri di Kelantan nun. As you know, lauk kenduri Kelantankan sesak-sedak belako. No wonder because warung ini kepunyaan orang Kelantan.

So, i guess kita boleh guna motto ini lagilah.

Gomo Kelate Gomo!

The Legend Resort, Cherating ~ Day 2 ~

Assalamualaikum...

7.4.2013

Selepas bersarapan, En. Suami & the kids sambung mandi kolam lagi. Cik Mek Honey tak puas-puas dok mandi. Dah naik lap badan dengan towel, nak masuk dalam kolam untuk mandi lagi. Me macam biasa, duduk berehat di tepi kolam saja. Menikmati view pantai yang tak jemu mata memandang. Nikmat Ilahi beri yang tidak terperi. Suka sangatlah dapat bercuti di tepi pantai begini. Sudah mandi, kami kembali ke bilik. Siap berkemas, kami check out around 12.30p.m. Our short vacation. Thanks to my dear husband. Lain kali boleh bawa kami jalan-jalan lagi!

The Legend Resort, Cherating ~ Day 1 ~

Assalamualaikum...

6.4.2013

Kami ada jemputan kenduri kahwin di Cheneh. On the way balik dari tempat kenduri, singgah tidur di sini. Pernah datang sekali ke sini pada tahun 2007 tetapi tidak menginap. Datang temankan my Kak Long jumpa staff nak offer beli bilik di sini. Oklah resort ni. Bilik kami di depan car park. Di tingkat bawah so tak perlu angkat beg yang berat-berat tu. Nak ke kolam dan pantai ikut pintu belakang. Nampak view kolam dan laut dari dalam bilik kami. Siap solat jamak Zohor dan Asar, kamu ke pantai around 4.00 p.m. Kemudian anak-anak dan suami mandi kolam pula. Cik mek kecik tu seronoklah sangat mandi kolam dengan her Abah. Maklumlah, pakai pelampung yang Abah baru beli! Me tak mandi. Duduk di tepi kolam saja. Ambil gambar dan video for Keek saja. Dalam pukul 6.00 p.m masuk ke bilik sebab hujan turun dengan lebatnya.
Masuk bilik, berehat, bersolat jamak Maghrib & Isyak, kami keluar dinner di Restoran Maa Sri Rampai yang terletak berdekatan hotel. Okeylah rasa makanan di sini. Sedap. Dah kenyang makan, kami pulang ke bilik. En. Suami dan Adib keluar semula kerana mahu menonton bola di kedai makan. Restoran tadi tak ada saluran Astro. Mana boleh tak tengok bola, The Red Warrior yang main malam tu.

Gomo Kelate Gomo!