Posts

Showing posts from July, 2013

Cucuk Honey 18 Bulan

Image
Assalamualaikum...Semalam bawa Honey cucuk for 18 months di Klinik Kesihatan Simpang Songsang. Mula-mula masuk bilik berjumpa Nurse, dia galak sungguh. Lepas kena cucuk, dia menangis sekejap. Masa keluar dari bilik tu Honey dah senyap. Masuk dalam car, balik rumah dan tunggu Kak Ngah bersiap nak  ke kelas tuisyen. Balik dari menghantar Kak Ngah, Honey tertidur di dalam car! Penat + sakit cucuk agaknya.Honey sudah 1 tahun 6 bulan! Anak Ummi makin besar. Pelbagai ragam dan tingkah laku seiring usianya kini. Ummi kena "kuat" nak menghadap budak kecik sorang ni. Macam-macam yang Honey buat. Menguji kesabaran daku selaku seorang ibu. Tapi tak apa, so far boleh handle lagi. Ada masa-masanya sahaja dia buat perangai. Ummi ada "kawan" bila Abah, Adib dan Nur tiada di rumah. Buat teman "berbual" juga. Nak bagi Honey senyap, buka aje cerita Pororo. Confirm Ummi tidak diganggu lagi!Mujur, setakat entry ini ditaip, Honey tidak demam. Kuat anti bodinya. Berkat susu Um…

Kad Raya Dari Anak Dara

Image
Assalamualaikum...Me dapat Kad Raya ni. Nur buat by herself.  Oh so sweet! Thank you sayang! Ummi suka Kad Raya Nur. Apa yang Nur tulis juga.Terima kasih wahai anak!

Jumpa Umi Fara

Image
Assalamualaikum... 27.7.2013 Sebelum menuju ke Mid Valley semalam, me singgah di Hospital Ampang Puteri setelah membuat  janji temu dengan my cyber friend, Umi Fara. Nak pick up Biskut Raya yang me order iaitu Almond Crunchies dan Chocolate Chip juga Daging Dendeng Hitam. First time jumpa Fara ni sejak kami berkawan dari tahun 2008. Berkawan cuma di alam cyber. She's very friendly and so sweet!  Kak T happy dapat jumpa Fara walaupun sekejap cuma. Terima kasih ye Fara! Kak T minta halal beli cookies dan Daging Dendeng Hitam yang super duper sedap tu ok? Tak rugi duit langsung Kak T membelinya tau! Highly recommend. Sayang Fara. Terima Kasih dik!

Berbuka puasa di Hotel De Palma, Ampang

Image
Assalamualaikum...26.7.2013Sekitar 6.45 p.m, kami turun ke bawah untuk berbuka puasa. Meja kami tidak ditempatkan di dalam dewan besar mungkin kerana faktor kelewatan membuat tempahan. Mujur juga begitu kerana Honey tidaklah dapat "membuas" sesuka hatinya. Itu pun tidak dapat dikawal juga kerana dia telah melakukan lawatan meja ke meja di dalam dewan kecil itu bersama teman seangkatan, Didi. Anak staff Hubby. Kecoh aje mereka berdua ni!Me tak makan nasi pun. Makan Kuey Tiow Goreng dan makanan-makanan yang boleh diterima dek anak tekak. Makan slow-slow saja coz sakit bengkak gusi masih bersisa. For me rasa makanannya biasa-biasa saja. Me cuma duduk di kerusi. Tak pergi ambil makanan pun. Malas bersesak dengan orang yang ramai. Minta tolong Adib dan Hubby saja ambilkan makanan for me. Selesai berbuka, kami masuk berehat di dalam bilik masing-masing. 27.7.2013Esoknya, kami bangun bersahur at 4.30 a.m di Rumbia Coffee House. Dan oh! Kali ni makan sangat berpuas hati. Sedap! Cuma…

Hotel De Palma, Ampang

Image
Assalamualaikum...26.7.2013Dari Maju Junction kami terus bergerak ke Hotel De Palma di Ampang. Last year dah try berbuka puasa di Hotel De Palma di Shah Alam. Mr. Hubby sudah tempah 4 buah bilik bersama pakej berbuka puasa di sini. Untuk kami sekeluarga dan juga staff-staffnya.Beberapa keping gambar disertakan. Aksi anak-anak di dalam bilik hotel. Bilik kami berhadapan kolam renang. Tak turun mandi pun. Duduk berehat di dalam bilik sahaja sementara menantikan waktu untuk berbuka.Mujur by 6.30 p.m, sakit kepala sudah berkurangan. Syukur.

Majlis Tahlil

Image
Assalamualaikum...Alhamdulillah. Selesai sudah majlis Tahlil. Tiga malam berturut-turut untuk arwah Shaiffu Bahari. 18.7.2013 - 20.7.2013. Juga arwah-arwah yang terdahulu.Terima kasih buat mereka yang sama-sama menjayakan.Jasa kalian tidak terbalas!

Pergi Tak Kembali

Image
Alhamdulillah. Selesai sudah urusan pengkebumian biras saya, arwah Shaiffu Bahari. Konvoi 5 buah kereta kami sampai di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan menginjak jam 1.00 tengah hari tadi.
Sebelum jenazah dibawa ke Masjid Bukit Abal untuk disolat sekali lagi (kali pertama jenazah telah disolatkan di Hospital Selayang), kain kafan jenazah telah dibuka sebentar untuk dilihat oleh kami sekeluarga buat kali terakhir. Pada ketika dan saat ini, anak sulung arwah, Salahudin menangis setelah diberitahu hal yang sebenarnya. Mengenai hakikat bahawa papanya sudah tiada. Bahawa papanya sudah meninggal dunia. Sebak rasa di dada. Air mata mengalir laju. Melihat si kecil berumur 5 tahun itu menangis sayu. Tersedu sehingga termuntah. Barangkali sukar menerima kenyataan ini. Poor my Udin! Setelah dipujuk oleh kami, nampak gaya dia seakan memahami. Apa sebenarnya yang telah terjadi. Sekitar jam 3.00 petang, jenazah telah selamat dikebumikan. Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka yang terl…

Kami Telah Kehilangannya

Assalamualaikum...Sekitar jam 1.00 pagi tadi, Biras saya, Shaiffu Bahari telah selamat  pulang ke Rahmatullah. Meninggalkan kami sekeluarga juga kawan-kawan yang tidak putus-putus melawat beliau sejak ditahan Sabtu lalu di ICU Hospital Selayang kerana serangan jantung dan darah tinggi.Sekarang kami sekeluarga berkonvoi 5 buah kereta berserta van jenazah untuk urusan pengkebumian di kampung  isteri arwah yang terletak di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Mengikut perancangan, kami semua akan sampai di kampung sekitar jam 12.00 @ 1.00 tengahari nanti. Insya Allah. Solat jenazah akan dilakukan di Masjid Bukit Abal yang mana cuma terletak bersebelahan dengan rumah mertua arwah.Doakan kami selamat tiba ke destinasi yang dituju (untuk pengetahuan, kami tidak tidur semenjak malam tadi). Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada saudara-mara dan sahabat handai yang datang berkunjung melawat arwah di hospital beberapa hari ini. Juga buat mereka yang sudi mendoakan arwah. Budi bai…

Mohon Yang Terbaik

Image
AssalamualaikumBeliau, Shaiffu Bahari merupakan Biras kepada saya. Suami kepada adik ipar saya, Norlida Ismail. Tidak sedarkan diri sejak petang 13.7.2013 kerana serangan jantung dan darah tinggi. Di samping itu, beliau mengidap penyakit Diabetes juga. Tiga serangkai yang digeruni ramai. Fakta yang tidak boleh disangkal lagi. Untuk pengetahuan, beliau kini berada di ICU Hospital Selayang.Mohon jasa baik kawan-kawan supaya mendoakan kesihatan beliau kembali seperti sediakala. Sihat walafiat. Kembali ceria berjenaka. Kembali seperti asalnya. Sepul, bertabahlah. Be strong untuk Ida, isteri kamu (Actually Ida mengidap sakit jantung juga. Situasi ini sangat-sangatlah memberi tekanan hebat kepadanya. Kepada kami sekeluarga.) Anak-anak kamu, Salahuddin, Sofea dan Syakir. Kami sekeluarga sebaik mungkin menjaga mereka bagi pihak kamu kini. Namun please! Tolonglah bangkit semula. Pulih sebagaimana kamu yang dahulu. Lawan rasa sakit itu. Demi kami. Kita sekeluarga. Demi diri kamu sendiri terutam…

Honey : Satu Tahun Lima Bulan

Image
Apa yang Honey boleh buat pada usianya kini?* sudah boleh disuruh-suruh seperti mengambil barang. (kita tunjuk nak barang apa, dia akan ambilkan);
* boleh disuruh untuk menggaru @ mengurut anggota badan kami;
* apa sahaja yang dia mahu dia akan cakap, "nak,  nak, nak @ nok, nok, nok";
* mahu makan bersuap sendiri. Kalau kami nak suap dia rela tidak mahu makan;
* minum pun mahu pegang cawannya sendiri;
* kalau nak "poo-poo" mesti duduk jauh dari kami;
* very friendly. Mudah sangat nak berkawan dengan orang;
* cukup lasak. Kerjanya berlari sahaja even di dalam rumah;
* suka memanjat kerusi & tangga;
* kuat merajuk jika "tersalah angin";
* kalau kami action seperti sedang menangis, dia datang peluk merangkul leher sambil membuat bunyi memujuk seperti sedang menyanyi;
* kuat main bergurau;
* tak boleh tengok padang permainan, sure diajaknya kita pergi bermain;
* kalau nak menyusu, dia terus ambilkan kain napkin sambil cakap "nak, nak, nak";
* ka…