Tuesday, September 24, 2013

Restoran Kampong Meraga Beris

Assalamualaikum...

16.9.2013

Selepas berjalan-jalan di tepian pantai, kami naik ke bilik dan bersiap-siap untuk turun bersarapan pula di Restoran Kampong Meraga Beris yang terletak di lobi resort.

Yummy! Hooray! Makan time! Nasi Dagang, Kopi Tarik dan Teh Tarik sangat-sangat-sangat sedap!

Matahari Terbit Di Kijal

Assalamualaikum...

16.9.2013

Selepas bersolat Subuh, kami anak beranak turun ke pantai. Morning walk bersama my kids. Ramai juga yang menunggu terbitnya sang mentari ini. Lihatlah gambar-gambar yang sempat daku rakam ini. Cantik tak I? Eh, tak! I mean the view.  Super gorgeous! Am I right?

Gambar terakhir merupakan block bangunan bilik kami. Mengadap ke pantai. Sea view yang super duper awesome!

Resorts World Kijal, Terengganu

Assalamualaikum...

15.9.2013

Kami tiba di sini sekitar jam 5.30 petang. Mr. Hubby masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan bilik. Alhamdulillah. Masih ada bilik untuk disewa. Mr. Hubby pun sudah penat memandu kereta. Jadi di sinilah kami bermalam. Di Resorts World Kijal (formerly known as Awana Kijal Resort). Kami pernah tidur di sini pada August 2006. Sekarang nama pun sudah berubah. Bertambah kelas jika dibandingkan dengan dahulu.

Bilik kami adalah sea view. Thanks to Mr. Hubby yang bawa kami pergi bercuti. Siap bersolat jamak Asar dan Zohor, kami turun ke pantai dan mandi sebentar di kolam renang.

Awesome! So excited dapat bertemu pantai lagi. Memang ini jenis percutian yang diidamkan setiap kali. Thanks to Mr. Hubby kerana telah berjaya merealisasi!

Roti Nan Sri Gong Balai, Marang

Assalamualaikum...

15.9.2013

"Bertemu kembali". Ces ayat tak boleh blahkan uols? Hehehe. I nak sambung cerita lagi ni. Uols okey tak? Here we go!

Dalam 30 minit gitu kami sampai di sini. Kedai Makan Roti Tempayan di Sri Gong Balai, Marang, Terengganu. Mr. Hubby memang plan nak singgah makan di sini sebenarnya pun. Dia nampak kedai ni masa on the way nak ke Sutra Beach Resort kelmarin. First time kami singgah makan di sini. Jom pekena Roti Nan aka Roti Tempayan yang sangat gebus bersama Kari Kambing yang sungguh "marvellous" rasanya ini!

Next time boleh datang singgah lagi. No regrets at all. Service cepat, makanan sedap. Kedai bersih dan layanan best. Apa lagi yang kamu mahu? Apa lagi yang kamu cari?

Pantai Kelulut, Marang

Assalamualaikum...

15.9.2013

Dari Merang, kami hanya singgah di Marang untuk membasahkan tekak. Salah satu gerai di Medan Selera Pantai Kelulut menjadi pilihan. Minum Air Kelapa di tepian pantai.

Oh heaven! Apa lagi yang lebih bagus dari ini?

Jeti Merang

Assalamualaikum...

15.9.2013

Dari Sutra Beach Resort, kami ke Jeti Merang. Dekat saja pun. Dalam sepuluh minit gitu. Singgah membeli souvenirs seperti T-Shirt, Fridge Magnets, Topi Nur dan Key Chains.

Bilalah boleh nak pergi Redang Island iye Abang? *teringin bangat*

Sutra Beach Resort ~ part 5 ~

Assalamualaikum...

15.9.2013

Sesudah bersarapan, kami kembali ke bilik untuk bersalin pakaian. Dan terus ke kolam untuk bermandi-manda. Me tak mandi ok? Segan aihhh nanti keluar pool basah-basah gitu! Baju melekat di bodyku yang ramping dan super solid ini. Tak mahulah! Ramai orang di sekitar kolam. Tunggu saja Mr. Hubby ambil bilik di Grand Lexis, Port Dickson nanti. Sehingga tiba waktu itu, tidaklah teman nak mandi di kolam hotel terbuka begini.

Jealous okey tengok mereka mandi? Me mengambil gambar di sekitar kolam sahaja dengan menggunakan Mr. Nikon D3000. For me pool yang cantik selepas Hotel Legend Cherating. Infinity pool gitu kau. Ha, kelaskan?

Semasa mahu mengambil towels, me bertanyakan staff (lelaki) yang bertugas,  "Boleh akak mandi pakai begini?" Dia jawab, "Orang puang dak pe kak!" Memang tak apa dik, tapi rasa malu yang menebal menghalang me berbuat demikian. Not for now. Never!

Selepas siap mandi kolam, kami balik ke bilik untuk membersihkan diri. Mandi dalam toilet sajalah pun! Sesudah mandi, kami makan Nasi Daganglah pulak! Hubby beli di luar selepas bersarapan tadi. Kami makan tanpa berkata apa-apa. Cuma tersenyum-senyum sahaja. Sedapnya Nasi Dagang orang Setiu ni! Sampai sekarang dok terkenang-kenang. * telan air liur lagi keranamu wahai Nasi Dagang. Oh oh! *

Settle makan, badan bersih, hati senang, perut kenyang, kami berkemas barang dan kain baju. Sebelum check out bilik, me mengambil kesempatan mengambil gambar di sekitar lobi resort ni. Adib yang menjadi mangsa mengambil gambar Ummi dia yang bermacam-macam 'peel' ni! Hahaha! Sabor aje Adib dok snap my pictures! Nok buak guane? Deco di sekitar resort sangat cantik dan kena dengan cita rasa I. I suka kayu! Tak suka batu sangat. Resort macam ni memang yang dihajati setiap kali me pergi bercuti. Hebat dan tersendiri!

Sutra, Insya Allah! Kamu bakal dijejaki kembali. Errr, kalau ada "orang" tu nak bawalah, I on bila-bila masa saja. Jarak yang jauh tidaklah menjadi hal langsung. Kan Hubby?

I'll be back! * joget k-pop *