Posts

Showing posts from October, 2013

Salam Aidiladha 1434H

Image
Assalamualaikum...
15.10.2013
Salam Aidiladha 1434H. Selamat Hari Raya Haji buat semua umat Islam walau di mana kalian berada. Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di kampung suami di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Alhamdulillah ada rezeki kami untuk membuat aqiqah untuk our sweet little girl, Honey.
Apa lagi yang kami lakukan pada hari ini? Gambar-gambar di bawah menceritakan segala-galanya. Menu kami today ialah Nasi Ayam, Kek Chocolate, Kek Keju, Kek Marble, Popia Goreng, Ketupat Manis, Daging Goreng, Singgang Daging, Ikan Bakar, Budu, Nasi Himpit, Tapai Pulut, Macaroni Goreng (tak sempat ambil gambar), Sup Perut, Air Asam, Sup Gear Box dan pelbagai jenis air. Air Teh 'O', Air Nescafe, Air Sirap, Air Bandung dan Air Koktail.
Makan sampai tersandar kekenyangan! Say what? Syukur Alhamdulillah!

Kelik Kelate ~Day 3~

Image
Assalamualaikum... 14.10.2013 Hari ini I berpuasa sunat Hari Arafah. Tak buat kerja apa pun. Berbaring-baring sahaja sambil melayan Honey yang demam. Flu dan batuk I semakin menjadi-jadi pula tu. Mr. Hubby ke pasar membeli bahan-bahan memasak untuk lunch, dinner dan juadah di pagi raya. Untuk juadah berbuka puasa kami hanya menyediakan Tomyam Ayam, Telur Dadar, Kulat Sisir, Budu, Ulam-ulaman, Air Teh 'O' Suam dan Air Sirap. Makanan yang dibeli pula ialah Gulai Itik, Gulai Kawah dan Ayam Percik. Di sebelah malam, kami sediakan pula Colek Ayam. My Biras buatkan Air Kacang Merah yang so delicious! Air Red Ben di Old Town White Coffee pun tidak sesedap ini tau! Ha! Jangan tak tahu pula. Hehehe. Last but not least, my first trial of Shaklee. Mari kita cuba ia and see the result then.

Kelik Kelate ~Day 2~

Image
Assalamualaikum...13.10.13Mr. Hubby and I keluar bbreakfast di Warung Che Nah di Pasir Puteh. Sementara menanti nasi yang I order dibungkus, kami makan dahulu Nasi Gulai Itik dan Teh Tarik. Specialty here. Awesome! Sangat sedap. Landmark warung ini ialah berhadapan stesyen minyak Petronas di Pasir Puteh.Sesudah makan, kami ke Pasar Pasir Puteh untuk membeli kuih-muih. Selesai membeli, kami pulang ke rumah. Kepulangan yang dinanti! Hehehe. Seronok melihat my familia makan pagi. Meriah!Di sebelah petang, kami ke KB Mall sebentar. Singgah membeli kasut Honey kerana tertinggal di rumah. Beli juga Jumbo Platter dan Air Chocolate Ais di Restoran Rasamas untuk my little Honey.Dari KB Mall, kami terus terus ke Pantai Cahaya Bulan. Sudah agak lama kami tidak ke mari. Sungguh teruja dapat kembali di sini walaupun pantainya sudah tidak secantik dulu. Cuma mengambil masa selama 15 minit dari Kota Bharu untuk sampai di pantai tersohor ini.Kami singgah makan di salah satu warung di sini. I order Ma…