Tuesday, January 21, 2014

Kerepek Buah Ngaku

Assalamualaikum...

Ini merupakan tahun ke dua I menggoreng Buah Ngaku untuk dijadikan Kerepek. Buat kudap-kudapan. Yang specialnya Buah Ngaku ini cuma ada semasa musim Chinese New Year sahaja ye? Ingat lagi last year tengok ramai kawan upload  gambar Kerepek Buah Ngaku ni. So nak dijadikan cerita I minta resepi dengan seorang sis yang sangat baik hati untuk menyediakan Kerepek Ngaku. Alhamdulillah, walau rupanya kelihatan amat buruk, namun Mr. Hubby & my kids amat menggemarinya. Angkat saja dari dalam kuali terus diangkut makan di luar. Yang paling best, si kecil Honey pun dok minat sakan makan Kerepek Ngaku ni. Thanks for the recipe Sis Jasalina Japlus!

Nak tahu resepinya? I write down here.

1. Kupas kulit Buah Ngaku dan rendam di dalam air sejuk. Kuantitinya semahu kamu. Direndam di dalam air sejuk supaya buah tidak lebam.
2. Sagat Buah Ngaku. Lagi nipis lagi sedap. Basuh. Bilas bersih-bersih.
3. Panaskan minyak dan tabur sedikit garam di dalam minyak tersebut.
4. Silalah menggoreng Buah Ngaku yang telah disagat tadi.
5. Nampak kekuningan, angkat dan terus ditos minyaknya.
6. Selamat menikmati Kerepek Ngaku yang sangat rangup dan sedap ini.

Selamat mencuba iye?

1 comment:

-Sharleenz- said...

sedap ek kepek ngaku ni.. tak pernah try lagi walaupun hati ni membuak2 nak rasa... hihi...