Wednesday, January 01, 2014

Pekan Sehari, Temerloh

Assalamualaikum...

Berkurun lama tidak menjejakkan kaki di Pekan Sehari ni. Last week kami berkesempatan untuk mengunjunginya lagi. Breakfast dahulu di Kedai Makan Yasir Arafat. Order Teh Ais sahaja manakala Nasi Kerabu super yummy tu I order di kedai sebelah.

Sesudah makan, kami berjalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh untuk membeli bekalan makanan. Selepas itu, mencari pula keperluan sekolah my kids. Semasa sedang memilih tudung di Zahra Scarves, I disapa oleh kakak-kakak kepada my ex-schoolmate, Aju. Sudah lama kami tidak bertemu. Asyik bersua di Facebook sahaja. Makanya I ajak mereka bergambar buat tanda kenangan kami pernah bertentang mata. Kak Azi & Kak Ana memang sangat friendly. Hopefully kita dapat bertemu lagi suatu hari nanti!

Sudah bershopping barang keperluan sekolah (itu pun masih belum lengkap), kami terus pulang ke rumah. Keluar rumah sejak pukul 9.00 pagi, pulangnya jam 3.30 petang.

What a day! Phew, penatnya!

No comments: