Thursday, January 02, 2014

The Mines, Seri Kembangan

Assalamualaikum...

29.12.2013

Selepas check out bilik di Hotel Mines Wellness,  kami ke The Mines semula. Sampai di sana, I mengajak Mr. Hubby menaiki "Wawa Splash Tour", kenderaan di daratan juga boleh digunakan di atas air. Tour ini adalah selama 30 minit dan berharga RM28.00 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak pula ialah RM20.00.

Selepas "tour" ini selesai, kami mula bershopping dan kemudiannya berkumpul di cafe untuk lunch. Honey tidur, I ribakan dia so Mr. Hubby yang uruskan membeli makanan dan  minuman for me. Ikan Bakar ni sangat-sangat best okey? Tembikai Juice also. Super yummy. Thanks Abang!

Dalam pukul 5.00 petang, kami gerak pulang ke Temerloh. Alhamdulillah, singgah bersolat jamak Asar dan Zohor di Hentian Rehat Genting Sempah. Kemudiannya langsung pulang ke rumah.

Home sweet home. Home is the most important place in the world. Seronok dapat pulang ke rumah kembali!

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

bestnyer T... akak pun teringin naik ni.. tp dulu pegi sana kami naik cruise keliling tasik tu je.. nnt ada rezeki lebih bolehla bwk anak2 merasa naik wawa splash ni.. hehe..

Seri Selaseh said...

dah lama tak pergi The Mines. Last masa jadi student IPT dulu. Dari gambar ni nampak macam dah bnyk berubah.