Saturday, February 22, 2014

Best Western Prima Inland Sea Resort, Port Dickson

Assalamualaikum...

15.2.2014

Kami bercuti ke Port Dickson setelah agak lama tidak ke sana. Kali ini booking bilik melalui booking.com sahaja. Dahulunya nama resort ini  adalah Tiara Beach Resort tetapi sekarang dikenali as Best Western Prima Inland Sea Resort. Panjang seh nama hotel! Hiks!

Sebelum ini sudah dua kali kami menginap di sini. So sudah tahu keadaan biliknya seperti mana. Tidak berubah. Sama saja susunan perabotnya.

Setelah bersolat jamak Asar dan Zohor, kami turun ke kolam. Dah berpagar bagai kau! Siap kena beli tiket seperti mana water park yang lain. For me, datang ke resort ini kali ini sahajalah. Next time rasanya tak mahu dah stay di sini. Hubby dapat tiket free manakala untuk I and the kids berbayar pula. Pandai korang cari duit iye? Siap aku marah clown yang mengusik Honey sampai dia menangis. Hampeh betol! Dahlah masa nak pergi minum for "welcome drink", air sudah habis. Ada ke jawab macam tu? Yang you offer bagi kad untuk pergi minum buat apa? Memang jadualnya ditutup pukul 6.00 petang tapi I pegi at 5.45 petang, dijawab "Air sudah habis". Aku koyak kad "welcome drink" tu, letak atas meja dia and blah.

Nak suruh aku datang tido kat resort "Best Western" ni lagi? Boleh. Boleh blah!

Sebelah malam kami keluar dinner di Nasreen Tomyam Songkhla yang terletak berdekatan Teluk Kemang. Food bolehlah. Tak sedap sangat. Bolehlah... Cuma kesian kat Nur. Paprik Ayam yang diorder too spicy! Owh! Agak-agaklah nak masak tu cik abang.

Lihatlah si bulan. Terang mengambang. Menyinari malam yang suram. Berseri-seri memancarkan cahayanya. Daku terpaku sebentar. Indahnya pemandangan ciptaan Ilahi.

No comments: