Friday, February 07, 2014

Hati-Hati Menjaga Hati

Assalamualaikum...

Malam ini saya mahu mengupas tentang isu tidak berpuas hati. Hati yang tidak puas selalunya akan sentiasa menuntut penjelasan. Kebenaran. Satu cerita yang sensasi. Dalam versi yang asli.

A, B, C, D & E saling kenal mengenali. Mempunyai hubungan rapat dan mesra sekali. Namun begitu, ianya tidaklah seperti yang disangka. Luaran sahaja kelihatan begitu. Hakikat yang sebenar, bukan seperti yang kita nampak melalui mata kasar.

Sikap saling tidak berpuas hati menimbulkan cerita-cerita belakang. Apabila si A tidak berpuas hati dengan si B, dia akan pergi bercerita kepada si C, si D & si E. Sekiranya pula si B tidak berpuas hati kepada si C, dia akan pergi meluahkan perasaannya kepada si A, si D & tak lupa si E. Begitulah seterusnya. Kitaran itu tidak akan berhenti. Nampak  permainannya di situ? Oleh kerana sekarang si C ada membuat salah, which is dia sendiri pun tidak pasti akan punca perbalahan (fighting for no reason, stupid right?), maka si C menjadi bahan. Lauk sesama si A, si B, si D dan si E.

Ceritanya seinci cuma, jadi panjang berjela apabila duduk bercerita secara berjemaah. Sedapnya mengata bagai kamu tidak pernah berbuat salah. Pada ketika ini, cerita kamu sahajalah yang paling benar. Yang perlu didengar. Harus disebar-sebar. Bermacam-macam cerita yang keluar seolah-olah orang yang kamu kata itu tidak pernah berjasa atau berbakti. Sekarang dia pula dihina dan dibenci. Oleh sebab salah yang tidak pasti. Ini tidak adil sama sekali!

Begitulah. Seperti itulah.

Pesan aku, buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Sekali kamu berbuat jahat, orang ingat sampai ke mati. Orang tanda dengan penuh benci. Orang caci tidak berhenti-henti.

Hati-hati menjaga hati!

No comments: