Friday, February 21, 2014

My Honey Madu

Honey, 2 Tahun dan 1 Bulan hari ini, 28.2.2014.

Situasi Satu: 

Honey tengah makan nasi. Tiba-tiba azan Zohor berkumandang. Honey sebut "loh baq" for "Allahuakhbar". Terus turun dari kerusi, ambik kain napkin and covered her head. Dan tunduk sujud. Bersolat.

Situasi Dua : 

Honey cakap "mam" meaning "demam" sambil meletakkan tapak tangan di atas dahinya. Padahal dia tak demam pun!

Situasi Tiga :

Minta "suar" for "seluar". Bila Ummi cakap, "tak payah pakai seluar lagi", Honey jawab "amok" for "nyamuk". Bila Ummi tak pakaikan baju, Honey sebut "ju, ju" for "baju". Ummi cakap, "tak payah pakai lagi!". Honey jawab, "juk" for "sejuk". Hiks!

Situasi Empat :

Sebut "Aaaa" Aaaa" "Aaaa" kalau nampak sesuatu yang dia kenal. Macam nak cakap "Ha, ini dia!" Hihihi.

Situasi Lima :

Kalau Honey tertumpahkan air yang dia minum, sepantas kilat dia cakap "su" for "tissue". Hiks!

Situasi Enam :

Cubit kedua-dua belah pipi Ummi sambil menyebut "geram" dengan jelas sekali.

Situasi Tujuh :

Setiap kali sejurus Ummi selesai bersolat, Honey datang menerpa kepada Ummi. Cium tangan dan memeluk Ummi. Seperti yang dilakukan oleh Abang dan Kakaknya. So sweet right?  

No comments: