Thursday, February 06, 2014

Sabarlah Duhai Hati

Please don't be jealous on me
Jangan sesekali mencemburui
Juga janganlah membenci
Aku tiada harta menggunung tinggi
Rupa paras tidak secantik bidadari
Pendidikan juga tidaklah tinggi
But yet
Diri sentiasa dibenci
Dikeji
Dihina juga dicaci
Sentiasa tidak berpuas hati
Apa yang kau cari
Di dalam diri ini
Aku mahu selami
Jua memahami
Situasi yang tidak menyenangkan ini
Bisa kiranya diperhalusi
Apa penyebab jadi begini
Aku semakin tidak mengerti
Buntu sudah fikiran mengakali
Namun tidak jua daku temui
Permasalahan sebenar yang digali
Katakan saja apa yang diragui
Nah! It's simple and easy
Berdiam diri amatlah rugi
Namun jika sememangnya ini
Sebenarnya ini tujuan kamu wahai saudari
Lupakan saja seorang wati
Kerana sejak dari azali
Satu hakikat yang hakiki
Aku ini sepertinya begini
Tidak perlu menunding jari
Menyalahi sesama sendiri
Tepuk dada tanya hati
Kamu juga tidak sebaik yang dihajati
Aku tidak hidup dek puji
Malah tidak jua mati dimaki
Terserah kamu untuk mengadili
Aku sudah tidak kuasa lagi
Melayan kerenahmu yang seperti baby
Serik dilayan begini
Cukuplah sampai di sini

Sabarlah duhai hati...


No comments: