Monday, April 28, 2014

Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur, Kuantan

Assalamualaikum...

Dari Berjaya Megamall kami terus ke Tg. Lumpur. Kami memilih untuk makan di Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Restoran ini sentiasa sesak ye tuan puan. Harap maklum. Namun demikian, tidaklah kami terpaksa menunggu lama pula. Sedang-sedang moleklah duduk beramah mesra antara kau dan gitu! Hihi. Apa yang Hubby & I order ye for dinner? Okey, kami order Nasi Putih (untuk 12 orang), Tomyam Campur (8 orang makan), Ayam Goreng (4 orang makan), Telur Dadar (8 biji Telur), Sayur Campur (4 orang makan), Ikan Siakap Masak Stim, Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Aji-Aji Bakar, Ikan Aji-Aji Bakar with Petai, Sotong Celup Tepung (4 ekor), Pepahat Masak Pedas, Lala Tumis Pedas, Lala Masak Merah, Udang Pengantin Masak Butter (10 ekor), Air Tembikai 2 jug, Air Apple 1 jug, Carrot Juice 1 jug dan Air Kosong 1 jug.

Di akhirnya, masing-masing tersandar kekenyangan.

Siap suruh kawan Hubby yang duduk di Kuantan bawa balik makanan ke rumahnya. Kami tak sanggup nak makan dah.

Alhamdulillah. Kenyang yang teramat.

No comments: