Monday, April 28, 2014

Jeli Sumi

Assalamualaikum...

Baru-baru ni pergi Kenduri Kahwin anak jiran I. Dekat dengan rumah je. Yang paling tak best bila pergi kenduri, lauk dah nak habis. Padahal baru jam 1.00 tengahari. Tetamu dijemput ramai uols! Tapi nak buat macammana. Makan ajelah apa yang tinggal. Apa yang ada.

So, masa nak balik rumah dan "bersalam" dengan tuan rumah, dia berilah I door gift ini. Bila balik dan tengok plastik Jeli @ Pudding ni, terus I asingkan. Tak bercop Halal dari Jakim. Product Of India. Memang tak jamah makan. Terus suruh Nur bawa pergi ke sekolah. Beri kepada kawan non-muslimnya.

Itu je yang I nak cerita. Kisah Jeli aka Pudding. Hiks!

No comments: