Tuesday, April 29, 2014

Pak Akob Patin House, Kuantan

Assalamualaikum...

18.4.2014

Selepas check out bilik di Hotel Seasons View, kami ke Restoran Pak Akob Patin House yang terletak di hujung deretan hotel.

Kali ke tiga datang makan di sini. Cuba you alls try Gulai Tempoyak Ikan Patin. Patin Buah. Sangat-sangat sedap hokay! Air-air yang diorder pula kesemuanya manis berperisa. Laju mengalir membasahi anak-anak tekak kami. Three Layer Syrup, Sirap Limau Ais, Teh 'O Ais, Teh 'O' Ais Limau dan Jus Tembikai tersangatlah "awesome" rasanya.

Silalah datang untuk merasainya sendiri. Sumpah korang akan datang lagi dan lagi.

Kalau tak sedap jangan nak marah-marah I pulak iya? Babab karang!

Selepas makan, kami bergerak ke Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh di Kelantan. Kelik kapong tok laki kawe. Biarpun masa agak singkat iaitu cuma 3 hari 2 malam namun kami pulang juga menjenguk orang tua di kampung. Alhamdulillah. Happy dapat bersua muka biar pun cuma seketika.

No comments: