Saturday, April 26, 2014

Poor Little Kitten

Assalamualaikum...

Pada suatu hari, Nur terdengar bunyi kucing di belakang rumah. Apabila ditinjau, rupa-rupanya ada seekor anak kucing di dalam longkang. Tanpa berlengah kami terus ke belakang rumah (kebetulan juga mahu menghantar Nur ke kelas tuisyen).

Berbekalkan plastik yang mahu digunakan untuk mengalas tangan, Nur masuk ke dalam longkang dan terus mengambil si anak kucing yang malang itu.

Ada pulak aksi yang lucu terjadi! Si anak kucing mahu mengikut kami. Puas pulak Nur "pujuk" dia jangan ikut kami. Hehe. Sudahnya, I drive kereta ke depan sedikit dan Nur berlari laju ke kereta kemudian.

Tak tahu apa jadi dengan nasib si anak kucing itu. Masih hidupkah ia?

No comments: