Tuesday, May 06, 2014

Diet Atkins Or DA

Assalamualaikum...

I start buat Diet Atkins or DA sejak 2.5.2014 yang lepas. Semua ini adalah di atas nasihat my friend, Kak Sue yang datang singgah ke rumah tempoh hari. Sebelum ini pun ada melihat kawan-kawan di Facebook yang mengamalkan diet ini. Cuma tidak langsung terlintas di hati untuk melakukan yang sama seperti mereka.

Suka saja I melihat perkembangan positif seorang sahabat yang mengamalkan Diet Atkins ini, Shima Zahar. I print screen gambar menu-menunya yang diupload di Instagram. Dah lama. Sejak 27.1.2014 yang lalu. Namun I tidak mempraktikkannya. Tak sanggup nak sukat makan. Tak sanggup berlapar. Namun bila melihatkan kesungguhan mereka yang mengamalkan diet ini, sanggup menahan kelaparan bagai, I pun terfikir. Nak makan sedap, selama 35 tahun ni I dah makan sedap. Badan pun semakin memberat hari demi hari.

It's time. Tiba masanya. I akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan berat badan. Bukan untuk sesiapa. Untuk kepuasan diri sendiri. Sebelum berkahwin I cuma seberat 50kg. Hampir usia perkahwinan selama 15 tahun ini, I sudah seberat 91.5kg. Banyak benar bezanya itu sehinggakan kawan lama jumpa I, she doesn't recognise me any more. Sedih okay?

So, selama 5 hari I buat diet ni, I dah turun 6kg. Ermmm.... Banyak lagi lelemak tegar yang perlu dihapus pergi. Kasi pecah sama dia. Kau tunggu! Kau tunggu! Aku warning kau ni lelemak. Hiks!
Thanks buat Kak Sue & Shima Zahar kerana selalu memberi nasihat dan motivasi.

I cuba sebaik habis. Gigil-gigil badan menahan kelaparan. Nasi, semua jenis mee, segala bentuk gula, buah-buahan, sos & kicap, caffeine (oh my Nescafe!), snek seperti biskut or twisties, tepung (roti, kek, kuih-muih), produk tenusu kecuali cheese, makanan berproses (tak kisah sangat pun), semua jenis kekacang dan cuma boleh mengambil sehingga 20 carbs untuk sehari. Suppose I boleh ambik Daging, Sardine & Ikan Bilis tapi sebab baru ni buat medical check up. Hampir-hampir nak kena Gout kalau I still makan tanpa beringat lagi. Sakit di tumit kaki sebelah kanan. Ouch!

Sampai satu tahap I menangis dok makan salad dan telur tu tau! Muak! Sedih. So sad. Hopefully I dapat bertahan untuk ini. Harap-harapnyalah...

Jom kurus. For our healthy. Let's!

Sayur Sawi Tumis Air w Ayam
Daun Salad w Ayam Goreng, Telur Mata Kerbau & Cheese 
Daun Salad, Telur Mata Kerbau w Cheese & Mayonis 
Sayur Sawi Tumis Air w Ayam 
Ikan Tilapia Bakar
Telur Rebus w Salad, Cheese & Mayonis 
Daun Salad, Telur Mata Kerbau & Cheese 
Ayam Tumis Pedas w Sayur Kailan 
Sayur Sawi Tumis w Ayam
Sayur Sawi Tumis Pedas w Ayam 
KFC Breakfast. Ayam & Telur Goreng
Ayam Goreng Rempah
Telur Dadar Berinti Serunding Daging

3 comments:

Shima Zahar said...

alhamdullilah... saya pun belajar dari mereka yang arif.. sedappp makanan t tu semua.. insyaAllah tak lapar kalau buat diet nie,, makan laa banyak mana pun tak kisah.. tp jangan sampai berlapar.. kalau lapar berat tak turun.. banyakkan minum air tau.. chaiyok ..

Ruziawati Yusof said...

Thanks my dear!

*Mami Damia Aisyah* said...

huu tq info.. br nak cuba balik ni..

jemput singgah blog