Sunday, May 11, 2014

Pasaraya BS Temerloh

Assalamualaikum...

Pagi semalam, 10.5.2014, keluar sebentar ke Pasaraya BS untuk membeli barang dapur. Masih ada barang yang dicari tidak terdapat di sini. Jadi singgah pula membeli di kedai runcit yang lain.

Seronok je membeli lauk dan sayur di Pasaraya BS ini. Semuanya segar belaka. Pilih sahaja mana yang kamu mahu. Pekerjanya pun ramah-tamah orangnya.

Sesudah membeli, terus pulang ke rumah. Kita berkemas-kemas di dapur pula.

Happy tengok dapur penuh dengan barang makanan. Yang penting bersih tersusun kemas. Itu yang utama biar pun luas dapur hanya sekangkang kera.

Syukur Alhamdulillah!

No comments: