Sunday, May 11, 2014

Star Mall, Mentakab

Assalamualaikum...

10.5.2014

Sekitar jam 2.50 petang, kami ke Star Mall, Mentakab. Jalan-jalan cuci mata. Mula-mula masuk ke Popular Book Store di tingkat 2 (wajib singgah). My kids nak cari stationeries untuk menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan. Kemudian ke Mr. D.I.Y. Yeah! Seronok je I dok cari stuff yang berlogo bendera England, London. Sangat-sangat suka dan mahu menjadikannya sebagai satu hobi.

Selepas shopping di Mr. D.I.Y, kami ke Pacific. Cuci-cuci mata. Kemudiannya, beli beberapa pasang baju. Not for me & Honey but for Mr. Hubby, Adib dan Nur. Ada sale sampai 70%. Apa lagi? Haruslah kita bershoppingkan? Gitu!

Sebelum balik, tapau food for dinner di Kenny Rogers Roasters. Dah lama tak makan kat sini.

Balik rumah, bersolat Asar. Makan Ayam KRR. Uuu yummeh!

No comments: