Friday, June 27, 2014

Kasut Baru Honey

Assalamualaikum...

16.6.2014

Sebelum keluar pergi kerja, Abah dah promise dengan Honey nak beli kasut baru. Apa lagi, budak kecik ni menuntutlah apa yang Abah dah janjikan. "Nak asut antik". "Nak asut antik"! Hihihi.

Masuk kedai Bata, I bawa dia ke tempat kasut budak-budak. I tanya nak yang mana? Terus dia tunjuk kasut yang berwarna Purple.  Bila I dukung dia still tunjukkan kasut yang sama. Kami pilih kasut yang lain dia cakap, "burok!" Honey try pakai kasut Purple tu size 7. Longgar sikit. Bila I suruh budak ambik kasut yang same design bersaiz 6, Honey tak nak bukak kasut yang sedang dipakai dan tunjuk ke arah kasut bersaiz 6 sambil berkata, "ketat". Takut kami tak jadi beli kasut dia letew! End up belilah jugak kasut tu.

Ha! Apalagi! Ke mana-mana di dalam rumah pun dok kelek kasut baru. Siap dibawa tidur bersama lagi. Tak lekang dek mulut dok cakap "asut antik". Kalau nak keluar rumah dan dia tak jumpa kasutnya, dia akan bertanya, "ano asut antik?" Meaning "Mana kasut cantik?"

Haish budak beauty conscious nie!

No comments: