Friday, June 27, 2014

Restoran Anjung Luas, Temerloh

Assalamualaikum...

20.6.2014

Kami dinner di restoran ini buat kesekian kalinya. Ikan Bakar tu kalau letak sambal banyak barulah rasanya lagi gempak. Too bad duduk di dalam so asap dari dapur terlalu kuat sampai I terbersin gitu. Lain kali kalau nak makan kat sini kena mintak bubuh sambal lebih pada Ikan Bakar dan duduk di luar restoran.

Yang lain-lain tu kira okeylah.

Kat sini I nak review jugak lepas makan di Western D'Like by Chef Saiful di Taman Dagang 2, Temerloh. I nak order Lamb Shank but unfortunately semua menu out of stock. Ada Lamb Chop aje. Waiter bilang barang habis. Hampeh je rasa. So I cakap kat Waiter, tutuplah menu-menu tu dengan selotep. Beria je bagi buku menu. Yang ada cuma satu menu aje.

Okay. I makan Lamb Chop. Rasanya biasa-biasa sahaja. Bolehlah kot. Lepas tu Hubby order Sate Zul. Yang ada cuma Ayam dan Daging. Sate Ayam tu keras. Sampai Honey cakap "keras", "keras" masa tengok I dok gigit sate tu. Hiks! Cleverkan my girl ni?

I order juga Ikan Patin Masak Tempoyak dari kedai sebelah, Kedai Pak Usop. Ambik bahagian kepala. Ratah panas-panas. Sedap!

I tak ambik gambar. Makan je. Macam malu pulak nak ambik gambar kat situ.

Sekian.

No comments: